Pelakon Amyza Aznan memuji sikap penerbit dan pengarah Heykal Hanifah bersama isterinya, aktres Faezah Elai dalam pengurusan pembayaran artis dalam lakonan.

Isu ini timbul selepas aktor Azhan Rani menyuarakan kekesalan terhadap sikap segelintir penerbit yang tidak membayar pelakon tepat pada masanya di Facebook miliknya.

Amyza bersetuju dengan pendapat tersebut dan memuat naik kenyataan Azhan di salah sebuah entri Instagram miliknya.



Menurut Amyza, Heykal seorang penerbit yang membayar pelakonnya secara tunai tanpa memilih kasih.

Ni contoh producer yg tak kerat artis. Bayar cash. Bayar ikut gred.bukan ikut mood.bukan ikut hang kawan aku,aku kawan hang. Bukan pung pang pung kat sana sini mintak kena ampu.pung pang sana sini ngata pasal budget artis. Nk berkawan sbbada kepentingan. Dan manusia ni lah yg melayakkan kak kaaia untuk anugerah berprestij #ask2019 untuk drama #batikzakiah .di kala org keliling tak nampak apa2 pada kerja aku, tapi manusia ni selalu nampak ada apa2 pada kerja aku.Aku doakan apa saja urusan kita allah bantu,allah permudahkan.

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on


"Ni contoh producer yang tak kerat artis. Bayar cash. Bayar ikut gred, bukan ikut mood. Bukan ikut hang kawan aku, aku kawan hang.

"Bukan pung pang pung kat sana sini mintak kena ampu. Pung pang sana sini ngata pasal budget artis. Nak berkawan sebab ada kepentingan," tulisnya.

Tambah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 itu, dia mendedahkan Heykal adalah individu penting di sebalik kemenangannya pada acara anugerah terbabit.

"Dan manusia ni lah yang melayakkan Kak Kaaia untuk anugerah berprestij #ask2019 untuk drama #batikzakiah.

"Di kala orang keliling tak nampak apa-apa pada kerja aku, tapi manusia ni selalu nampak ada apa pada kerja aku. Aku doakan apa saja urusan kita allah bantu, Allah permudahkan," kongsinya lagi.