Gaya Hidup
Bayar Zakat Fitrah Dalam Talian Sahaja
Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) akan menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) Jabatan Perdana Menteri berkata, segala arahan dan tatacara kawalan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, MAIN dan AMZ masih menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil bagi membantu mereka yang tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet namun pelaksanaannya adalah minimum.
"Bagi individu yang disahkan positif COVID-19 atau baru sembuh daripada wabak itu termasuk dalam kategori pesakit dalam siasatan (PUI) dan individu di bawah pengawasan (PUS) yang ingin menunaikan kewajipan zakat fitrah hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat,” jelasnya lagi.
Menurutnya, lokasi pembayaran zakat fitrah dikenal pasti oleh pihak MAIN dan AMZ adalah bersesuaian dan mengambil kira elemen penjarakan sosial yang selamat.
"Proses pembayaran juga perlu diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Pembayar dan amil adalah dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan, memakai topeng muka serta menggunakan pensanitasi tangan.
"Pembayar digalakkan menyediakan wang secukupnya, tidak perlu bersalaman ketika membayar zakat dan segera beredar setelah selesai urusan pembayaran.
"Setiap amil fitrah dilantik tertakluk kepada arahan dan tatacara kawalan yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM. Mereka juga terikat dengan tatacara digariskan oleh MAIN dan AMZ.
"Sekiranya amil atau pembayar berada dalam keadaan kurang sihat, mereka tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu itu," jelasnya.
Perkhidmatan kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya tidak disediakan dan ia selaras dengan arahan PKP yang sedang berkuat kuasa iaitu larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai.
Kadar zakat fitrah mengikut negeri:
Johor - RM7, RM10
- Bayaran atas talian:
- Zakat Johor Online Payment
- Fastpay melalui https://fitrah.maij.gov.my
- Pengguna berdaftar melalui https://epayment.maij.gov.my
- Laman Sesawang Johor Online Payment – https://onlinepayment.johor.gov.my/
- Aplikasi SnapNPay
Kedah - RM5, RM7, RM14, RM21
- Amil fitrah yang dilantik
- Bayaran atas talian:
- Laman sesawang Jom Zakat - https://jom.zakatkedah.com.my/
- Laman sesawang Asnaf Care - https://asnafcare.com.my/
- Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) - http://bit.ly/zotkdh (Android dan IOS)
Kelantan - RM7 (Namun, bayaran fitrah dengan kadar RM14 dan RM21 berdasarkan harga beras yang dimakan adalah digalakkan)
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- Financial Process Exchange (FPX) melalui https://zakat.e-maik.my/
- Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
- QR Code
- Aplikasi MyMaik eZakat Payment
- SMS
Melaka - RM7, RM14
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- Laman sesawang izakat.com
- QRPay Bank Muamalat
Negeri Sembilan - RM7
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- Portal Pembayaran Zakat melalui www.zakatns2u.biz
- Aplikasi ZakatN9
- Aplikasi SnapNPay
- JomPAY
1. Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
Perak - RM7, RM14, RM21
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- FPX melalui www.maiamp.gov.my
- QRPay Maybank
- Aplikasi SnapNPay
- Aplikasi GoPayZ
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- Aplikasi SnapNPay
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- Aplikasi SnapNPay
- JomPAY
- QR Code
- Aplikasi GoPayZ
- FPX
Selangor - RM7, RM14, RM21
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- FPX melalui portal eZakatPay di pautan https://fpx.zakatselangor.com.my/
- Aplikasi e-dompet GoPayZ
- Aplikasi e-dompet Boost;
- QR Code
- Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (9 buah bank)
- Portal MyEG
- Pos Online
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- FPX melalui pautan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
- Aplikasi SnapNPay
1. Amil fitrah yang dilantik; atau
2. Bayaran atas talian:
- Laman sesawang Ejen-Ejen Bank
- Portal MyEG
- Aplikasi SnapNPay
- JomPAY
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Bayaran atas talian:
- Portal Pelanggan TBS (Baitulmal Kamek);
- Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
- Portal MyEG
- Maybank2U
- Aplikasi SnapNPay
1. Amil fitrah yang dilantik
2. Kaunter PPZ-MAIWP
3. Bayaran atas talian:
- melalui portal PPZ fitrah.zakat.com.my
- Laman sesawang Ejen-Ejen Bank (14 buah bank)
- PayHalal
- Portal MyEG
- U-Mobile
- Pos Online