BERITA
Bayi 19 Hari Maut, Kenderaan Dipandu Ibu Terbabas
Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia selepas lebih tujuh jam bertarung nyawa susulan kenderaan dinaiki bersama ibu dan empat adik-beradiknya terbabas di kilometer 3.8 Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau pada Isnin.
BERITA BERKAITAN: Ada Sebab Tangan Kanan Anak Bongsu Shuib Kurang Berfungsi, Anggap Ayash Affan Bayi Ajaib - “Ada Kesan Calar Di Belakang Otak…”
BERITA BERKAITAN: Polis Tahan Guru Taska Disyaki Dera Bayi 11 bulan
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, bayi berkenaan meninggal dunia akibat pendarahan di bahagian otak ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
"Kejadian pada jam 7.50 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dipandu ibunya yang berusia 39 tahun dinaiki bersama lima anaknya berusia 19 hari hingga 11 tahun.
"Mereka dari arah Jalan Inas menghala ke Kampung Batu, Rembau dan apabila sampai di tempat kejadian, pemandunya telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandunya mengalami kecederaan pada bahagian bahu manakala kesemua penumpang mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan sebelum bayi lelaki berkenaan bersama kakaknya yang berusia sembilan bulan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.