Berita

Bayi 20 Bulan Maut, Dilanggar Bapa Semasa Mahu Undur Kenderaan

gempak
Firdaus
30/05/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Bayi 20 Bulan Maut, Dilanggar Bapa Semasa Mahu Undur Kenderaan
Seorang bayi lelaki berusia 20 bulan maut akibat dilanggar bapanya secara tidak sengaja sewaktu mahu mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di hadapan rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor, Kampung Raja, Besut pada Rabu.
Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.30 pagi sebelum bayi tersebut disahkan meninggal dunia sejam kemudian ketika sedang menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sri Medang, Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, sebelum kejadian, bapa mangsa dikatakan mencuci kenderaannya di hadapan rumah.

"Mengalihkan kenderaan tanpa menyedarinya anaknya telah turun menuju ke arahnya...

“Sewaktu itu, anak lelaki itu iaitu mangsa dikatakan sedang bermain telefon bimbit di tangga rumah mereka.
“Selesai mencuci, dia menghidupkan enjin mahu mengalihkan kenderaan tanpa menyedarinya anaknya telah turun menuju ke arahnya,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Rozak menyatakan bapa mangsa bergegas ke Klinik Kesihatan Sri Medang selepas menyedari berlaku perlanggaran antara kenderaan dengan bayi tersebut.

Mangsa Meninggal Dunia

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik kesihatan itu pada pukul 10.30 pagi.

BERITA TRENDING: Pasangan Tular Bawa Bayi Atas Motor Mengaku Bukan Suami Isteri, Dalam Proses Berkahwin

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saya menasihatkan individu yang mempunyai anak kecil agar lebih peka dan berhati-hati kerana risiko kemalangan seperti ini kerap berlaku di kawasan rumah sendiri,” katanya.
Sumber: Kosmo!

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live