Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

‘Bayi Ajaib’ Britney Spears Gugur

Amri Hassan
15/05/2022 06:32 MYT

Penyanyi popular Britney Spears mengumumkan bayi yang dikandungnya mengalami keguguran.

Perkara terbabit diumumkan menerusi akaun Instagramnya dan pasangan, Sam Ashari.

“Dengan rasa sedihnya kami umumkan kami telah kehilangan ‘bayi ajaib’ pada awal kehamilan. Ini adalah tempoh sukar bagi mana-mana pasangan.

“Sepatutnya kami perlu menunggu lebih lama sebelum mengumumkan berita terbabit namun kami terlebih teruja untuk berkongsi kepada semua.

“Cinta kami antara satu sama lain menjadi kekuatan buat masa ini. Kami akan terus mencuba untuk menambah ahli keluarga kami,” tulis hantaran itu.

Pasangan itu juga memohon orang ramai dan peminat agar menghormati privasi dan masa sukar mereka ketika ini.

Pada 11 April lalu, Spears, 40, telah mengumumkan dirinya sedang berbadan dua menerusi hantaran di Instagram.

Khabar gembira itu dinanti-nantikan oleh Spears dan Asghari setelah 14 tahun tempoh conservatorship bapanya, Jamie Spears.

Spears dan Asghari telah berpacaran sejak 2016 dan mengumumkan bertunang pada akhir tahun 2021.

Terdahulu, Spears memiliki dua cahaya mata bersama dengan bekas suami, Kevin Federline.

#Britney Spears #Sam Asghari #Bayi Britney gugur