Berita

Bayi Baru Lahir Dijangkiti Koronavirus, Mungkin Disebarkan Ibu

gempak
Fiza Kamarudin
06/02/2020
03:06 MYT
Sponsor Banner
Bayi Baru Lahir Dijangkiti Koronavirus, Mungkin Disebarkan Ibu
Seorang bayi yang baru 30 jam dilahirkan, disahkan positif koronavirus dipercayai dijangkiti daripada ibunya.
Menerusi laporan South China Morning Post, sebelum ini ibu bayi tersebut disahkan dijangkiti koronavirus ketika sedang hamil.
“Jangkitan dikhuatiri berlaku ketika bayi dalam kandungan yang disebarkan ibunya (pembawa koronavirus) atau ketika proses penyusuan.
“Apa yang dilakukan kini, pemantauan teliti terhadap perkembangan kesihatan bayi tersebut,” kata pakar perubatan di Hospital Kanak-Kanak Wuhan.
Bagaimanapun keadaan bayi tersebut (sehingga hari ini) dilaporkan stabil.
Doktor Kanan Jabatan Neonatal Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Zeng Lingkong, berkata kes tersebut merupakan amaran mengenai cara terbaru jangkitan koronavirus.
Zeng berkata wanita hamil perlu menjauhkan diri atau dijauhkan daripada pesakit yang sudah dijangkiti.
Hospital Kanak-Kanak Wuhan juga memutuskan untuk menyediakan ruang khas untuk wanita hamil yang disyaki memiliki simtom koronavirus.
Sumber: South China Morning Post Foto: Goolge Image
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live