Skip to main content

Berita Tempatan

Bayi Dalam Kandungan Kurang Aktif, Jihan Muse Bimbang

jihanbersalinnn.jpg
Pelawak dan pengacara, Jihan Muse yang kini hamil sembilan bulan bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang demam.

Lebih membimbangkan, Jihan menerusi  IG Storiesnya memberitahu bayi di dalam kandungannya juga kurang aktif.

Difahamkan, pengacara Gegar Vaganza itu telah ke hospital semalam.

Jihan turut meminta agar semua mendoakan kesihatannya dan bayi.

"Mak (Jihan) demam. Anak pun kurang aktif. Doakan kami anak beranak sihat dan selamat ya," tulisnya 

Menerusi satu entri IG Stories Jihan terdahulu dia ditemani suaminya, Ungku Hariz di hospital.

Jihan dan Ungku Hariz telah berkahwin pada 20 Mac 2016



Foto: Instagram Jihan Muse / Ungku Hariz

Advertisement

Must-Watch Video