Bayi Menangis Dalam MRT, Semua Pakat Selawat Ramai-Ramai

Muhammad Firdaus
Disember 10, 2023 09:55 MYT

“Bagus je semua bersatu,” itulah luahan netizen apabila satu video tular memaparkan penumpang-penumpang MRT bersatu demi memujuk seorang kanak-kanak.

Menerusi video yang dihantar di Platform X, dapat dilihat ramai penumpang majoritinya peminat bola sepak tanah air berselawat untuk memberhentikan seorang bayi daripada menangis.
“Nak pujuk baby nangis, semua pakat berselawat,” terang seorang pengguna media sosial.

PILIHAN PEMBACA: Masih Ingatkah Pada Lelaki Kekwat Dalam MRT Ini? Rupanya Dah Banyak Kali Buat Hal, Netizen Siap Kumpul Bukti!

Entri tersebut mendapat reaksi positif di mana majoriti warganet bangga dengan solidariti yang ditunjukkan oleh penumpang-penumpang yang berada di dalam MRT itu.

“Macam ni bagus, saling bantu-membantu sesama manusia,”
“Comelnya semua,”
“Satu tren selawat untuk kau dik.”

Nak pujuk baby nangis, semua pakat berselawat. Bagus je semua bersatu ?? pic.twitter.com/aoHLMV4lNG

— ?? (@localrkyt) December 9, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang mengkritik penumpang-penumpang berkenaan kerana tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.
“Lepas tu bila ada yang sakit seperti Covid mula lah nak salahkan orang lain sebab duduk rapat-rapat,”
“Penuhnya, kesian budak dalam tu,”
“Macam sardin.”
Setakat artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 7,000 tanda suka dan lebih 200,000 tontonan di Platform X.
Sumber: Platform X

#Viral #MRT #Bayi #Selawat