Bazar Ramadan ‘Food Truck’ Bakal Bertapak Di Shah Alam
Azwa Rahman
09/04/2019 03:16 MYT
09/04/2019 03:16 MYT
Bazar Ramadan berkonsep food truck akan diadakan di Shah Alam bagi memberikan kelainan dan keselesaan kepada para pelanggan.
Bazar Ramadan ‘food truck’ akan beroperasi di tapak parkir Restoran Zam-Zam, berdekatan Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam. Sebanyak 20 tapak disediakan dan dibenar beroperasi sehingga 10.00 malam.
Para pengusaha food truck ini boleh meletakkan kerusi dan meja di Kawasan trak makanan mereka untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa.
Sama seperti bazar Ramadan yang biasa, tapak Food Truck ini turut menyajikan makanan lazat seperti nasi beriani, nasi kerabu, kuih tradisional dan pelbagai jenis air.
Permohonan bagi tapak food truck ini masib dibuka. Anda yang berminat, boleh melayari laman sesawang bazar.mbsa.gov.my untuk urusan permohonan.
Pemilihan peniaga food truck di bazar itu akan dilakukan menerusi kaedah first come first serve (siapa cepat dia dapat).