Hiburan

BCL Nyanyi Lagu ‘Aku Dan Dirimu’ Sambil Berpegangan Tangan Dengan Pemain Dram, Ajak Yuna ‘Crash The Party’

gempak
Asyraf Roslan
12/10/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
BCL Nyanyi Lagu ‘Aku Dan Dirimu’ Sambil Berpegangan Tangan Dengan Pemain Dram, Ajak Yuna ‘Crash The Party’
Penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari membuat kejutan kepada peminat yang hadir ke Borneo Sonic Music Festival 2024 (BSMF2024) dengan menampilkan pasangan duetnya, Yuna ke atas pentas.
Yuna mendapat sorakan gemuruh daripada penonton disaat Bunga memanggilnya untuk naik ke atas pentas.
Kehadiran Yuna di pentas BSMF2024 pada hari pertama itu adalah untuk sama-sama menyanyikan lagu terbaharu mereka yang berjudul Watak Utama.
Pelantun lagu Terukir di Bintang itu juga membuat persembahan di BSMF pada Sabtu bersama Dolla, Judika, dan Jessie.
Tidak terhenti disitu, Bunga juga sempat menjemput pemain drumnya, Ray Prasetya untuk menyampaikan lagu Aku Dan Dirimu bersama-sama.
Lagu yang pernah dipopularkan Bunga bersama Ari Lasso itu bagai mengamit memori peminat yang turut bernyanyi bersamanya.
Persembahan itu tampak lebih romantis apabila kedua-dua mereka mula berpegang tangan saat menyampaikan lagu tersebut.
Bunga atau lebih mesra disapa sebagai BCL menyampaikan beberapa buah lagu popularnya iaitu Pernah Muda, Wanita Terbahagia, Cinta Sejati, Ingkar dan Badai Telah Berlalu.
Selain BCL, peminat yang hadir ke BSMF pada hari pertama dihiburkan dengan kehadiran penyanyi popular seperti 4Eve, Youngjae, Seobin, Priscilla Abby, Thomas, dan Rain.
Untuk Info, Borneo Sonic Music Festival diadakan selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 Oktober 2024 di Stadium Sarawak, Kuching dan merupakan Festival muzik terbesar di Borneo.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024