VIRAL
“B*doh Siapa Yang Repost Viralkan” - Prince Syed Kesal, Netizen Sebar Video Isteri ‘Freehair’
Pempengaruh terkenal, Syed Muhammad Syah, atau lebih dikenali dengan nama Prince Syed, meluahkan rasa kecewa selepas sebuah video yang melibatkan isterinya, Fatin Syazwani, tular di media sosial.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Prince Syed menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku tanpa disedari dan bukan sesuatu yang disengajakan.
Difahamkan, video tersebut telah menjadi viral selepas anaknya secara tidak sengaja membuka akaun TikTok dan menonton video yang berada di dalam draf.
“Anak-anak saya ni pergi buka draft TikTok, dia rindu kat kami kot. Kami tinggalkan dia, kami kan pergi program, rindulah,” katanya.
Menurut Prince Syed, kejadian ini berlaku apabila kakaknya yang menyedari perkara tersebut, namun, sudah terlambat kerana video tersebut sudah tersebar di media sosial.
“Ibu saya tak tahu main TikTok, jadi dia ingat mungkin anak-anak rindu mak bapa sahaja. Ibu saya pula tak angkat telefon.
“Macam mana anak saya boleh cerdik pandai buka TikTok itu saya pun tak tahu. Seumur hidup tak pernah buka TikTok, selalu kalau dia nak buka TikTok depan kami,” ujarnya.
Sementara itu, Prince Syed juga meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang bertindak menyebarkan video tersebut da menyifatkan tindakan mereka sebagai kurang bijak kerana memilih untuk memviralkan video yang pada asalnya tidak disengajakan.
“Memang bodoh punya bodoh, siapa yang viralkan. Yang gatal korang pergi repost viralkan, memang bodoh, netizen yang bodoh ni saya bodoh juga tapi bodoh saya tiada bodoh macam netizen,” katanya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Fatin Syazwani tidak bertudung ketika berada di sebuah salun dan mendapatkan khidmat dandanan daripada seorang pendandan lelaki, sekali gus mengejutkan ramai pihak.