Baru seminggu muzik video Alif Satar bersama kumpulan Raihan menyanyikan ‘Sesungguhnya 2019’ dimuat naik di saluran YouTube, ia sudah meraih hampir 3.3 juta tontonan!

Namun apa yang lebih mengagumkan, muzik video terbabit juga telah menarik perhatian 'YouTubers' luar negara untuk melakukan video reaksi.

Rata-rata mereka memberikan reaksi yang sangat positif meskipun tidak memahami maksud lirik lagu berkenaan.

Ada yang 'goosebump' dan tidak kurang juga yang tergamam selepas mendengar alunan suara Alif dan Raihan.

Antara 'YouTubers' yang memuat naik video reaksi terbabit berasal dari Filipina, Brazil dan tidak kurang juga dari negara jiran, Indonesia.

Sambutan di platform YouTube ini sekali gus membuktikan kehebatan Raihan dan irama nasyid di persada antarabangsa.

Anda boleh lihat antara reaksi yang Gempak rasakan amat menarik untuk ditonton:


#1 Its Dro



#2 Nephi Acaling

#3 Radit Malindo

#4 M.Yusuf Awaludin

#5 Rukia Dagtan


Buat pengetahuan anda, Sesungguhnya 2019 digubah semula oleh The Locos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif serta diiringi tiupan seruling.