Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Beauty With Brain” - Throwback Foto Graduasi, Nadia Brian Nak Sambung Master

Azwa Rahman
23/04/2021 02:20 MYT
Pelakon Nadia Brian meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Menerusi laman sosial Instagram, Nadia, 29, berkongsi momen manis majlis graduasi diploma dan sarjana muda sewaktu menjalani pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“A sweet ending, to a new beginning. Kenangan terindah. Okay sekarang rasa nak sambung Master pula. On ke tak on? Komen sikit guys!” tulis Nadia di ruangan kapsyen.

A post shared by Nadia B ? (@nadia.brian)


Menerusi perkongsian itu lagi, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi yang merupakan graduan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa turut bergambar kenangan bersama bekas Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Seri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Sementara itu di ruangan komen, hasrat untuk menyambung pengajian itu disambut baik oleh pengikutnya yang rata-rata memberikan sokongan penuh.

Go baby go, cantik, talented, educated,” sokong seorang wargamaya.

Nadia beauty with brain,” puji seorang wargamaya.

Onz sangat, education never goes out of style,” komen seorang wargamaya.

Sokong sepenuhnya. Education never ends,” tulis seorang wargamaya.

Tahniah, selagi ada peluang, belajarlah,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 14,000 tanda suka daripada pengikutnya.

#Nadia Brian #Sambung Belajar #Selebriti cantik