gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Maxime Bouttier, Luna Maya Gaduh Kerana Telefon Bimbit
BERITA
[KRONOLOGI] Kes Kematian Zara Qairina, Ini Yang Anda Perlu Tahu!
HIBURAN
Naik Kuda, Pergi Gym, Jaga Penampilan – Ini Ciri-Ciri ‘Hot Daddy’ Yang Green Flag!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Beauty With Brains! Sanjna Suri Wakil Malaysia Ke Miss Supranational 2018

Amri Hassan
Amri Hassan
24/07/2018
12:35 MYT
Sponsor Banner
Beauty With Brains! Sanjna Suri Wakil Malaysia Ke Miss Supranational 2018
Gadis kelahiran Ipoh, Perak, Sanjna Suri, 26, bakal mewakili Malaysia untuk pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2018 di Warsaw, Poland pada Disember nanti.
Memasuki edisi keempat penganjuran anugerah berprestij itu, Sanjna merupakan wakil pertama Malaysia untuk bertanding dengan calon negara-negara lain.
Sanjna merupakan graduan cemerlang ijazah sarjana muda farmasi dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).
"Saya rasa sangat teruja dan menjadi impian setiap gadis untuk menjadi wakil Malaysia ke pentas dunia dan kini impian itu menjadi nyata.
"Orang tidak kenal siapa saya tetapi orang luar mengenali Malaysia, jadi semangat itu yang akan saya bawa untuk bertanding di Poland nanti," katanya kepada Gempak.
Sanjna ditemui pada majlis pemahkotaan Miss Supranational Malaysia 2018 di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur hari ini.
Majlis itu diserikan dengan kemunculan Miss Supranational 2017 dari Korea, Jenny Kim yang anggun menyarung persalinan rekaan Anuar Faizal.
Sanjna bakal memperagakan busana rekaan Anuar Faizal dan barangan kemas Amme Philips bernilai RM1.5 juta.
Miss Supranational telah menyaksikan wakil dari Fipilina, Mutya Datul dinobatkan sebagai juara pertama pada tahun 2013.
Manakala, Asha Bhat (India), Stephania Stegman (Paraguay), Srinidhi Shetty (India) dan Jenny Kim (Korea) pernah dinobatkan juara pada edisi berikutnya.
Apa kata anda lihat sendiri pesona wakil Malaysia ke Miss Supranational 2018, Sanjna Suri.
Whats for lunch? Jangan lupa to always consume healthy food uolls! Makanan adalah sumber tenaga untuk badan! So, makanlah secara berkhasiat ? P.s: Walaupun Sanjna mengidam Char Kuey Teow sejak di Russia, last2 makan roasted chicken & salad je ? #healthydiet #whatsforlunch #cleaneating #missmalaysia
A post shared by Miss Supranational ?? 2018 (@sanjna_suri) on Jul 19, 2018 at 12:03am PDT
Surreal!!!!! Dream come true ? #worldcup2018 #missmalaysia #malaysian #misimalaysia #ratumalaysia #rmo #af @anuarfaizalofficial @ratumalaysiaorg
A post shared by Miss Supranational ?? 2018 (@sanjna_suri) on Jul 11, 2018 at 12:10pm PDT
Mi manchi ♥️ FYI, this time, i actually woke up like this ? #sunlight #nudeface #wokeuplikethis
A post shared by Miss Supranational ?? 2018 (@sanjna_suri) on Jul 13, 2018 at 8:26am PDT
R U B Y #missmalaysia #red
A post shared by Miss Supranational ?? 2018 (@sanjna_suri) on May 29, 2018 at 7:28am PDT
BTS Shout out to my Malaysian glam squad ?? Suka tak?? @ratumalaysiaorg @anuarfaizalofficial @mkajsalon @ameephilips @kevin_lee0927 @malaysianbeautypageantfc @studio27kl #missmalaysia
A post shared by Miss Supranational ?? 2018 (@sanjna_suri) on Jul 21, 2018 at 7:11am PDT
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @sanjna_suri
Topic Berkaitan
#Ratu Cantik
#Miss Supranational 2018
#Sanjna Suri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement