Gaya Hidup

Beauty Is Pain? Jangan Terpedaya Ayat Keramat Itu, Ini Dia Bahaya Pakai Korset

gempak
Mya Amri
16/07/2020
13:36 MYT
Sponsor Banner
Beauty Is Pain? Jangan Terpedaya Ayat Keramat Itu, Ini Dia Bahaya Pakai Korset
Lebih ketat, lebih bahaya! Itulah perumpaan yang dapat diungkapkan apabila melihat kegilaan wanita yang taksub untuk kelihatan cantik dengan memakai korset.
Mungkin ramai yang menyangka dengan pemakaian korset dapat memperbaiki postur badan namun hakikatnya tidak! Menurut perkongsian Public Health Malaysia, pemakaian korset ketat untuk jangka masa panjang akan mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang. (Melainkan dengan nasihat doktor untuk pesakit tulang belakang).
“Pemakaian korset juga mengakibatkan tulang rusuk dihimpit dan kapasiti paru paru berkurangan sebanyak 30-60%!
“Untuk jangka masa panjang akan berlaku radang didalam paru paru yang menyebabkan masalah pernafasan kronik. “Selain itu, sistem penghadaman akan terhimpit membuatkan asid dari perut naik ke esofagus dan menyebabkan gejala GERD.
“Bayangkan, jika terlalu ketat, saluran darah ke organ penting akan terganggu. Apa akan terjadi pada buah pinggang dan hati?” jelas posting berkenaan.
Bagaimanapun, entri itu menyarankan pemakaian korset untuk jangka masa pendek dan majlis-majlis tertentu sahaja.
“Anda mungkin memakai korset untuk kegunaan majlis majlis tertentu dan untuk jangka masa pendek sahaja.
“Untuk memakainya dalam masa yang panjang, ia adalah satu penderaan dan penginayaan kepada tubuh yang sangat menyedihkan,” kongsi entri tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live