Hiburan
Bebas Dari Ketagihan, Demi Lovato Cacah Tatu Baru
Selebriti terkenal Amerika Syarikat, Demi Lovato memuat naik gambar tatu yang baru dicacah di tubuhnya menerusi ruangan Instagram Stories.
Demi menambah koleksi tatu kerana sebagai simbol kebebasannya daripada ketagihan alkohol dan ubat-ubatan.
Wanita berusia 26 tahun itu memuat naik gambar tatunya yang ditulis perkataan "Free" yang dicacah pada bahagian jari kelingking kanannya.
Bukan saja Demi, malah seluruh pihak pengurusannya juga membuat tatu seperti itu sebagai tanda sokongan kepada penyanyi kesayangan mereka.
Tindakan penyanyi ini telah membuatkan para peminatnya kagum dengan usaha dan semangat untuk kembali cergas seperti biasa.
Single terbarunya yang bertajuk Sober telah dilancarkan dan ia mengisahkan tentang perjuangan wanita yang sedang melawan masalah ketagihan.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: US Weekly
Must-Watch Video