Laman Utama

Bebas Daripada Pengawasan Bapa, Britney Spears Boleh Jaga Harta RM250 Juta Sendiri

gempak
Asraf Aided
30/09/2021
13:45 MYT
Sponsor Banner
Bebas Daripada Pengawasan Bapa, Britney Spears Boleh Jaga Harta RM250 Juta Sendiri
Akhirnya, penyanyi popular Hollywood Britney Spears bebas daripada kawalan bapanya sebagai penjaga (conservator).
Ketika sesi pendengaran di mahkamah pada Rabu, Hakim Brenda Penny meluluskan petisyen yang dibuat oleh peguam Britney, Mathew S. Rosengart untuk menggantung James P. Spears, 69, sebagai penjaga harta anaknya berjumlah sekitar RM250 juta.
Dalam pada itu, mahkamah juga telah memilih seorang akauntan, John Zabel selaku penjaga sementara kewangan penyanyi itu seperti yang diminta peguamnya.
Seterusnya pada 12 November nanti, satu lagi sesi pendengaran akan diadakan untuk menentukan sama ada penjagaan terhadap Britney patut dihentikan.
Kebebasan ini adalah yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh Britney, malah rakan-rakan industri dan tentunya jutaan peminatnya di seluruh dunia.
Terdahulu, Britney mengejutkan dunia dengan pengakuan kepada Mahkamah Los Angeles mengatakan dirinya mengalami kemurungan teruk kerana kehidupan dikawal seperti hamba oleh bapa sendiri.
Britney merayu kepada Hakim Brenda Penny untuk dibebaskan daripada telunjuk bapanya yang mengawal hidup serta kekayaan miliknya sejak 13 tahun lalu.
Seakan meraikan pembebasannya, Britney bertunang dengan pilihan hatinya, model dan pelakon Sam Asghari seperti yang dilaporkan media antarabangsa sekitar 12 September lalu.
Sumber: The New York Times Foto: Reuters
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024