,
Laman Utama

Bebas Pertuduhan Rasuah RM2.8 Juta Bersama Suami, Ini Update Zizie Izette Di Instagram!

Syafiqah Jalal
07/09/2023
08:22 MYT
Akhirnya Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.
Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada 2 September tahun lalu.
Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, merayu terhadap keputusan Azhar pada 9 Disember tahun lalu yang menolak permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.
Sementara itu, menerusi hantaran Zizie di InstaStory milikinya mengucapkan syukur kurang sejam yang lalu.
“Alhamduilah,” tulisnya ringkas dalam hantaran terkini.
Pada 2 September 2022, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Pernah Minta Duit Netizen, Farid Kamil Anggap Musim Cerai Ada Kaitan Dengan Politik - “Awak Tak Perasan Ke Semua…”

gempak
31/10/2024
03:25 MYT
Pelakon Farid Kamil memberitahu dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang 15 tahun mengharungi rumah tangganya bersama isteri, aktres Diana Danielle.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Viral

Terlibat Kes Rasuah, Mantan Gabenor Check In Dengan Ramai Wanita: “Pakai Kod Rahsia…”

gempak
24/07/2024
13:45 MYT
Seorang mantan gabenor dari Maluku Utara, Abdul Gani Kasuba berdepan dengan kes rasuah yang sedang berlangsung di mahkamah.
Berita

Negara muflis, Kos Sara Hidup Meningkat Jika Rasuah Berterusan

gempak
20/06/2024
03:55 MYT
Gejala rasuah akan menyebabkan negara bukan sahaja berdepan dengan risiko muflis malah kos sara hidup meningkat tinggi jika jenayah itu berterusan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: "Pertuduhan Ibu Bapa Zayn Rayyan Libatkan Pengabaian Bukan Penderaan" - Peguam

gempak
13/06/2024
06:34 MYT
Pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal.
Unitar