Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Beberapa Jam Sebelum Live Masih Tak Berhenti…” – Oja GV7 Mohon Maaf Gagal Bagi Persembahan ‘Wow’

Mya Amri
11/11/2020 13:02 MYT
Bintang Gegar Vaganza (GV7) Oja bersyukur masih kekal untuk meneruskan perjuangan di minggu keenam.
 
Oja menerusi akaun Instagramnya bagaimanapun mmeohon maaf kerana gagal memberikan persembahan memukau menerusi lagu Ketulusan Hati nyanyian asal Anuar Zain minggu lalu.
 
“Oja mohon maaf kerana masih gagal untuk memberikan sebuah persembahan yang betul-betul ‘wow’ untuk barisan juri dan penyokong semua.
 
“Oja dah cuba sebaik mungkin tapi masih banyak kelemahan dan kekurangan. Oja bersyukur masih kekal untuk ke minggu seterusnya.
 
“Terlalu ramai yang jauh lebih baik, mungkin Oja sendiri belum betul-betul kenal identiti dan kemampuan diri.
 
“Insya-Allah minggu depan Oja cuba lagi sebaik mungkin, korang terus doakan dan support Oja okay,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#LatepostMO Oja mohon maaf kerana masih gagal utk memberikan sebuah persembahan yg betul2 ‘wow’ utk barisan juri & penyokong semua. Oja dh cuba sebaik mungkin tapi masih banyak kelemahan & kekurangan. Oja bersyukur masih kekal utk ke minggu seterusnya.. . InshaAllah minggu keenam ini akan Oja usaha lebih kuat lagi. Apapun terima kasih atas sokongan & kata semangat dari semua. Maaf jika #KetulusanHati malam tadi belum cukup padu. Doakan Oja utk minggu seterusnya ok! ❤️ . ? Komunikasi Astro ? @mindorder ? @teamojaonly . #MindOrder #MindOrderManagement #MindOrderians #Oja #OjaxMindOrder #OjaGV7 #GegarVaganza7 #GV7

A post shared by Oja (@aku_oja) on

 
Dalam pada itu, Oja juga mendedahkan dia masih lagi membuat latihan walaupun beberapa jam sebelum siaran langsung demi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
 
“Beberapa jam sebelum live Ahad lepas, Oja masih tak berhenti praktis dekat backstage sebab jujurnya memang lagu #KetulusanHati ni mencabar.
 
“Oja dah cuba setakat mana yang mampu. Maafkan atas semua kekurangan. Insya-Allah minggu ini Oja akan perbaiki lagi,” jelasnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Beberapa jam sebelum live ahad lepas, Oja masih tak berhenti praktis kt backstage sbb jujurnya mmg lagu #KetulusanHati ni mencabar. Oja dh cuba setakat mana yg mampu. Maafkan atas semua kekurangan, inshaAllah this week Oja akan perbaiki lagi. . Jom check out video interview post-mortem konsert minggu kelima #GV7 di youtube @mindorder [Tekan link di bio ⬆️]. Jangan lupa subscribe, lepas tu komen best2, like & share! Check out sekarang ok! ?? . ? @neonpixelofficial ? @mindorder ? @teamojaonly . #MindOrder #MindOrderManagement #OjaxMindOrder #Oja #MingguKeenamNiLagiTakut #YoutubeMO #OjaGV7

A post shared by Oja (@aku_oja) on

 
Terdahulu, Oja berada di tangga ketiga terakhir dengan jumlah markah sebanyak 62.60%.
 
BACA: GV7: Nomad Jadi Topik Hangat Netizen! Ini Recap & Komen Juri Minggu Kelima!
 
BACA: Nomad Tinggalkan Pentas GV7, 18% Perbezaan Markah Dengan Yantzen!
 
BACA: Corat-Coret GV7: Lupa Lirik, Lari Tempo... Tok Ram Tak Ada Komen Nak Bagi Nomad
 
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
 
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
 
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
 
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
 
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
 
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
 
#Gegar Vaganza #Oja #GV7