UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

"Beberapa Kali Raya, Saya Berdua Dengan Mama Tak Tahu Nak Pergi Mana" - Emosi Zara Zya Terganggu, Enggan Ulas Hubungan Dengan Bapa

Ainun 20/02/2025 | 01:55 MYT

Pelakon Zara Zya enggan mengulas lanjut mengenai isu melibatkan bapanya yang ditulis di aplikasi Threads.

Menurut Zara, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, dia menegaskan perkara itu sudah berlalu dan hubungan dengan bapanya masih sama, tanpa sebarang perubahan.

“Saya tak mahu kupas isu ini lebih lanjut sebab perkara itu dah lama pun berlaku.

“Buat masa ini, saya tak mahu bercakap tentang perkara itu. Hubungan masih sama,” katanya kepada Gempak.
Zara berkata demikian ketika menghadiri majlis Ramadan Screening Astro yang berlangsung di The Grounds KL, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terkesan apabila melihat orang sekeliling mempunyai keluarga yang lengkap, pelakon drama I Love You, Mr. Arrogant itu meluahkan rasa sedih kerana kehidupannya tidak mempunyai figura seorang ayah.
Dia juga berkongsi setiap kali perayaan, dia dan ibunya sering berasa kehilangan arah kerana sudah tiada tempat khusus untuk dikunjungi.
“Mungkin pada ketika itu, emosi saya terganggu. Biasalah kan, bila tengok orang lain ada keluarga yang lengkap, begitu juga dengan keluarga kawan-kawan saya.

“Dah beberapa kali raya, saya dan mama berdua sahaja sampai kami tak tahu nak pergi ke mana.

“Saya rasa kesihatan saya pada waktu itu turut memberi kesan kepada emosi saya, di mana saya memang memerlukan seorang ayah,” jelasnya.
Bagaimanapun, Zara mengakui dia meluahkan perasaannya secara spontan di platform media sosial Threads, tanpa menyangka hantarannya itu akan mendapat perhatian ramai.
“Jadi, saya pun melepaskan luahan saya di Threads. Saya pula ingatkan tak ramai yang akan perasan, tapi saya lupa yang saya adalah seorang selebriti,” kongsinya.
Terdahulu, Zara Zya pernah meluahkan perasaan terkilan dengan sikap ayahnya yang tidak datang menziarahi ketika dia dimasukkan ke hospital pada tahun lepas.

BERITA BERKAITAN: Keluar Masuk Hospital Sejak Tahun Lalu, Zara Zya Diuji Pelbagai Penyakit - “Ingatkan Keadaan Saya Okay, Rupa-Rupanya…”

BERITA BERKAITAN: Zara Zya Enam Hari Masuk Hospital, Bacaan Darah & Vitamin D Rendah - “Nampak Sihat Luaran Tapi…”

BERITA BERKAITAN: Didakwa Ada Simpan ‘Benda’ Punca Diganggu Makhluk Halus, Zara Zya Tampil Perjelas - “Wallahi, Saya Tak Pernah…”

BERITA BERKAITAN: Tak Sangka Video Suara Berubah Ketika Sebut ‘Iblis’ Jadi Tular, Zara Zya Bukan Nak Kejar Populariti - “Niat Saya Hanya…”

#Zara Zya #Ayah #emosi #Terganggu