Laman Utama

Beberapa Kawasan Di Taiping Banjir, Mangsa Terpaksa Dipindahkan

gempak
Awani
28/08/2022
23:02 MYT
Sponsor Banner
Beberapa Kawasan Di Taiping Banjir, Mangsa Terpaksa Dipindahkan
Hujan lebat berterusan sejak petang Ahad menyebabkan beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar Taiping, Perak dilanda banjir kilat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Taman Seri Kota Fasa II, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari.
Katanya, setakat ini seramai 10 orang mangsa dipindahkan ke Dewan Air Kuning di sini, bagi penempatan sementara.
“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat itu pada jam 6.05 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergegas ke lokasi.
"Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kamunting, Batu Kurau dan Bagan Serai.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, mereka mendapati berlaku banjir kilat di kawasan perumahan itu, kerja-kerja pemantauan sedang dijalankan.
"Setakat ini seramai 10 orang sudah dipindahkan ke Dewan Air Kuning iaitu empat lelaki dewasa dan enam orang kanak-kanak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi operasi pemantauan masih berjalan dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke semasa.
Operasi itu diketuai oleh Ketuai Balai BBP Taiping, Rafeel Hairul Richard.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live