Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Beckham Beli Rumah RM370 Juta, Ada 13 Tandas, Kolam Renang Infiniti & Dok Kapal Peribadi

Maliah Surip
06/10/2024 14:55 MYT
Bukan satu hal luar biasa apabila pasangan selebriti David Beckham dan Victoria dilaporkan dalam urus niaga membeli sebuah mahligai di Miami, Florida.


Mahligai bernilai RM370 juta


Namun pembelian aset iaitu kediaman yang baru dibina dan bakal menjadikan pasangan Beckham berjiran dengan Shakira ini adalah kemewahan yang akan dinikmati.

Mahligai bernilai RM370 juta itu didakwa memiliki pelbagai kemewahan yang tidak perlu membuat isi rumahnya keluar daripada kawasan kediaman berkeluasan 1,325 kaki persegi, lapor The Real Estate.

Hal ini kerana selain memiliki pintu pagar dikawal rapi, gim, panggung wayang, spa dan bilik urut, mahligai tersebut turut dilengkapi kolam renang infiniti, pub terbuka di atas bumbung, 13 tandas, sembilan bilik tidur serta dok peribadi menuju kapal layar.


Pemain bola sepak legenda dunia dan pereka fesyen serta mantan anggota Spice girl ini juga didakwa sangat menyukai pemandangan laut yang terbentang luas di hadapan rumah mereka.

Selain tertarik dengan kemewahan yang ditawarkan kediaman tersebut, ia juga hanya 40 minit pemanduan ke stadium pasukan Beckham iaitu Inter Miami CF.

Untuk rekod mahligai mewah ini bukan aset pertama yang dimiliki pasangan tersebut di Miami. Beckham dan Victoria sebelum ini pernah membeli sebuah penthouse pada tahun 2020.

ARTIKEL BERKAITAN:David Beckham Sibuk Tuai Bawang & Ternak Ayam

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Lelaki Lebur RM24,000 Untuk Dapat Bentuk Puting Macam David Beckham

ARTIKEL BERKAITAN:“Untung Beckham Dapat Jumpa Idola Legend Malaysia” - Ini Antara Reaksi Peminat Bila David Beckham Turunkan Autograf Pada Baju Safee Sali

ARTIKEL BERKAITAN:David Beckham Upload Gambar Depan KLCC, Aliff Syukri Komen: “Saya Artis Malaysia No. 1”

ARTIKEL BERKAITAN:Takut Suami Terkejut, Victoria Beckham Tak Beri Lihat Wajah Tanpa Solekan

#Hollywood #Rumah #Victoria #Kolam renang #David Bekham
;