Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bedah Siasat Selesai, Jenazah Nidza Afham Akan Dikebumikan Selepas Solat Asar

Ernalisa
15/08/2024 08:10 MYT
Suasana hiba menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam apabila keluarga Allahyarham kepada penyanyi Nidza Afham dilihat memasuki bilik forensik bagi proses tuntutan jenazah sebentar tadi.


Proses bedah siasat selesai


Perkarangan suasana di Unit Perubatan Forensik juga kelihatan pilu dengan kehadiran rakan terdekat termasuk ahli keluarga arwah.

Jenazah Nidza dikatakan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Bukit Cherakah dijangka selepas solat Asar nanti.

Perkarangan perubatan forensik juga dilihat dikawal ketat oleh pihak polis di pintu-pintu masuk utama.

Kesemua media yang telah 'berkampung' seawal 7 pagi tadi dilihat terus berkumpul di perkarangan khas yang disediakan bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kes kematian penyanyi itu.

Menurut sumber, proses bedah siasat penyanyi Allahyarham Nidza Afham kini telah pun selesai.


Jelasnya, pihak keluarga kini bagaimanapun akan diberi keterangan terlebih dahulu oleh pihak pengurusan sebelum proses mandi jenazah dilaksanakan.

Van jenazah yang dipercayai bagi pengurusan arwah penyanyi itu dilihat tiba diperkarangan Unit Perubatan Forensik kira-kira 2.50 petang.

Jenazah Nidza Afham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Bukit Cherakah petang ini.
#Meninggal Dunia #Forensik #Bedah Siasat #Aufahanie #Nidza Afham #Solat Asar