HIBURAN
Beego Kena Tegur Anak Gara-Gara Muat Naik Video Lama Tak Bertudung- “Kenapa Daddy Expose Sekarang…”
Pelakon, Beego menyorot perhatian ramai apabila berkongsi momen ketika meluangkan masa bersama tiga orang anaknya di sebuah pusat membeli-belah.
Menerusi hantaran di TikTok, Beego atau Aszerul Nizam Abdullah, 45, menegaskan bahawa anak-anaknya tidak mengalami sebarang trauma seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Anak-anak happy je keluar dengan daddy. Tak ada pun trauma,” tulisnya ringkas di ruangan komen.
Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang rasa kurang senang anak sulungnya, Jelita Clarissa, yang kini sudah bertudung.
Menerusi ruangan komen Jelita menegur bapanya kerana memuat naik video lama ketika dia masih belum bertudung.
“Daddy! Jelita tak pakai tudung la kenapa daddy expose sekarang? Itukan video dulu,” tulis Jelita.
Menyedari perkara itu, Beego segera meminta maaf kepada anaknya.
“Sorry, ini video baru juga. Jelita baru je pakai tudung bukan? Jelita pakai tudung dan terus istiqamah okay, semoga Allah lindungi Jelita dengan rahmatNya. Sayang awak selalu,” balas Beego.
Terdahulu, Beego tidak hadir ke prosiding mendengar laporan JKP pada Selasa lalu kerana kurang sihat. Isterinya yang juga pelakon, Linda Hashim, sebelum ini mendakwa tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan kerana takut dikasari selain anak-anak juga didakwa trauma dengan insiden rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Linda memfailkan cerai terhadap Beego awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman. Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum rujuk semula pada 9 April 2023.
Selepas itu, mereka dilaporkan bercerai buat kali kedua namun kembali bersama tidak lama kemudian. Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa (11), Anggun Cassandra (10) dan Indah Camelia (6).