gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
KELUANG MAN
Tema Warna Burgundy Simbol Semangat Adiwira, Larian Superhero ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ Di KL 18 Mei Ini!
DRAMA
Episod Akhir Slot MegaDrama ‘Dia Imamku’ Tayangan 2 Episod Berturut-Turut
VIRAL
Gempar Kes Perkahwinan Sejenis, Rupa-Rupanya Pengantin Lelaki Khunsa!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Beego Nafi Dakwaan Pukul Linda Hashim - “Saya Tak Cabar, Tapi…”

gempak
Ainun Md Zooki
23/04/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Beego Nafi Dakwaan Pukul Linda Hashim - “Saya Tak Cabar, Tapi…”
Pelakon Beego, meminta Linda Hashim untuk mengemukakan bukti berlakunya keganasan rumah tangga terhadap aktres itu sepanjang mereka masih bergelar suami isteri.
Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, memberitahu Linda seharusnya tidak menggunakan perkara itu untuk mengundang persepsi orang ramai demi meraih simpati.
“Itu semua persepsi orang. Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar betul keluarkanlah. Saya tak cabar, tapi saya tahu tak ada.
“Saya tak ada muatnaik apa-apa foto, pada saya kalau mahu selesaikan secara baik, saya rasa tak perlu provok persepsi masyarakat.
“Kalau mahu main persepsi, saya juga boleh. Sampai hari ini saya tak muatnaik apa-apa foto yang boleh mencemar atau mengaibkan Linda,” katanya ketika ditemui Gempak selepas selesai proses lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes tuntutan perceraian difailkan Linda di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Menerusi proses berkenaan pagi tadi, mahkamah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh pembentangan laporan JKP daripada kedua belah pihak.
Sementara itu, Beego berkata, dia tidak diberi ruang dan peluang oleh Linda untuk berbincang dalam usaha menyelamatkan rumah tangga.
“Sebelum itu ada pujuk tapi selepas naik mahkamah sampai sekarang saya tak diberi ruang untuk jumpa dia. Maksudnya dia cuba elakkan. Kali terakhir jumpa di mahkamaj sebelum ini.
“Saya tiada ruang untuk berbincang. Saya masih lagi kat rumah saya. Dia dah keluar dari rumah sudah enam bulan. Saya tak salahkan dia.
“Kita faham proses undang-undang. Kita pun tak mendesak tapi kita cuba yang terbaik. Nak dikatakan tak dapat ruang itu macam itulah. Kita faham hubungan itu cuba dijarakkan,” katanya.
Beego berkata, dia masih suami yang sah, namun, tertanya-tanya mengapa tiada peluang diberikan.
“Nak berhubung sebagai suami. Saya suami yang sah lagi tapi tak diberi ruang. Dia cuba elak dan pada masa sama tegas dengan keputusan untuk berpisah,” katanya.
Pada prosiding 6 Mac lalu, hakim Wan Mohd Najib Wan Hamat memutuskan kes permohonan cerai pasangan Linda dan Beego akan diteruskan dengan pelantikan JKP, hari ini.
Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.
Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Ia berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.
Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.
Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.
Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.
Topic Berkaitan
#cerai
#Beego
#Linda Hashim
Must-Watch Video