HIBURAN
Beg Bernilai RM20 Ribu Milik Bintang Aaron Kwok Dicuri Di Lapangan Terbang Milan
Isteri kepada pesohor terkenal Hong Kong, Aaron Kwok mengalami nasib malang apabila beg berjenama miliknya telah dicuri di lapangan terbang baru-baru ini.
Insiden tersebut dikongsikan sendiri oleh Moka Fang menerusi foto dan keterangan tentang beg jenis ‘tote’ daripada jenama Christian Dior yang telah dicuri di platform Weibo.
Mengikut pasaran semasa, beg tote jenama tersebut dianggar mencecah nilai RM20,000.
“Beg saya telah dicuri sebaik kami tiba di lapangan terbang Milan. Saya berharap anda semua berhati-hati dan menjaga barangan peribadi dengan baik,” tulis Fang seperti dilaporkan Asiaone.com.
Pada perkongsian sama, Fang menjelaskan beg tersebut mengandungi banyak barangan penting termasuk kad pengenalan dan kad bank.
“Ada dompet, kad pengenalan, kad bank, kamera dan beberapa barangan peribadi lain yang penting. Adakah saya mempunyai peluang untuk mendapatkannya semula?”tulis Fang lagi.
Fang yang berkahwin dengan Kwok pada 2017 menerusi komen balas kepada peminat memberitahu dia bernasib baik kerana telefon bimbitnya berada di dalam poket seluar.
Dia juga memberitahu sudah membuat laporan polis sambil berharap mendapat khabar positif terhadap perkembangan kesnya.
Must-Watch Video