gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Qasrina Karim Ambil Iktibar Lepas Video Nampak Leher & Rambut Tular - “Pada Saya Normal Longgar Tudung Untuk…”
GAYA HIDUP
Beg Tangan Asal Birkin Dilelong RM42 Juta, Catat Rekod Dunia
HIBURAN
Permintaan Peminat Ditunaikan! Siti Nurhaliza Bawakan Lagu Rare di Konsert Violet Skies
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Beg Tangan Asal Birkin Dilelong RM42 Juta, Catat Rekod Dunia

Gempak
Gempak
11/07/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Beg Tangan Asal Birkin Dilelong RM42 Juta, Catat Rekod Dunia

Sebuah beg tangan kulit hitam berjenama Hermès Birkin - yang kelihatan lusuh dan calar mencatat sejarah apabila dilelong pada harga mencecah 8.6 juta Euro (bersamaan kira-kira AS$10 juta atau RM42 juta), sekali gus menjadikannya beg tangan paling mahal pernah dijual dalam acara lelongan.

Beg ikonik itu merupakan Birkin pertama yang pernah dicipta oleh rumah fesyen mewah Hermès untuk ikon gaya dan penyanyi Britain, Jane Birkin.

Digunakan hampir setiap hari antara 1985 hingga 1994, beg tersebut kini menjadi lambang kemewahan dan status eksklusif dalam dunia fesyen.

Menurut rumah lelongan Sotheby’s, bidaan akhir ditutup pada harga 7 juta Euro (AS$8.2 juta), sebelum ditambah dengan caj dan yuran menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 8.6 juta Euro.

Beg bersejarah itu dijual pada jualan dalam talian khas barangan fesyen mewah, yang turut merangkumi rekaan oleh Alexander McQueen dan Christian Dior.

Bidaan hangat, kejutan pembeli dari Jepun

Ketika acara lelongan disiarkan secara langsung, kedengaran reaksi terkejut apabila bidaan melepasi angka jutaan euro.

Pertarungan bidaan selama 10 minit antara sembilan pengumpul berakhir dengan kemenangan oleh seorang pembeli persendirian dari Jepun, menurut kenyataan Sotheby’s.

Morgane Halimi, Ketua Global Bahagian Beg Tangan dan Aksesori Sotheby’s, menyifatkan jualan tersebut sebagai "satu pencapaian penting dalam sejarah fesyen dan kemewahan."

“Ia menunjukkan betapa kuatnya kuasa sebuah legenda serta keupayaannya mencetuskan minat dan keinginan dalam kalangan pengumpul yang menghargai nilai sesuatu dengan sejarah yang unik,” katanya.

Kalahkan rekod lelongan Birkin terdahulu

Beg tangan asal Jane Birkin ini mengatasi versi mewah lain sebelum ini - termasuk ‘Diamond Himalaya Birkin’ bertatahkan berlian putih yang dijual lebih AS$450,000 pada 2022 serta versi kulit buaya yang dijual hampir AS$390,000 pada 2021.

Rekod sebelumnya dipegang oleh beg tangan ‘Kelly’ bertatahkan berlian dan diperbuat daripada kulit buaya yang dijual pada harga AS$513,040.

Warisan unik dan nilai sentimental

Beg Birkin asal ini pernah berpindah tangan beberapa kali selepas Birkin menjualnya pada 1994 untuk mengumpul dana penyelidikan AIDS.

Ia juga pernah dipamerkan di Muzium Seni Moden (MoMA) New York dan Muzium Victoria & Albert di London.

Kali terakhir beg ini dilelong adalah 25 tahun lalu oleh individu dikenali sebagai Catherine B., yang dalam kenyataannya menyatakan: “Jualan ini mengingatkan saya pada detik mencemaskan semasa sesi lelongan dahulu… dan perasaan yang begitu luar biasa saat memenanginya.”

Jane Birkin dan asal-usul beg legenda

Jane Birkin meninggal dunia pada 2023 pada usia 76 tahun.

Dalam satu temu bual bersama CNN, beliau secara berseloroh berkata, mungkin orang ramai akan lebih mengingatinya kerana beg tersebut berbanding karya seninya.

“Apabila saya meninggal dunia… mungkin orang hanya akan bercakap tentang beg itu,” katanya.

Menurut Sotheby’s, beg Birkin asal ini berbeza daripada versi seterusnya dari segi saiz, rekaan logam, tali bahu dan beberapa elemen lain yang tidak pernah diulang.

Penutup hadapan beg ini menampilkan inisial “J.B.” serta sepasang pemotong kuku perak kecil yang digantung pada tali - aksesori yang Birkin gunakan dengan kerap.

Beg itu juga masih mempunyai kesan pudar daripada pelekat organisasi kemanusiaan seperti Médecins du Monde dan UNICEF, mencerminkan gaya hidup aktif Birkin.

Dari beg praktikal kepada pelaburan mewah

Beg ini dicipta hasil pertemuan secara kebetulan antara Birkin dan bekas Pengerusi Hermès, Jean-Louis Dumas dalam penerbangan dari Paris ke London pada 1984.

Ketika itu, Birkin mengadu tidak mempunyai beg yang cukup besar untuk keperluannya sebagai ibu kepada tiga anak.

Beliau malah terpaksa menggunakan bakul rotan yang akhirnya terjatuh ke atas Dumas dalam pesawat.

Birkin pernah berkata kepada CNN, “Saya mahu beg yang separuh saiz daripada beg pakaian saya.”

Dumas kemudiannya meminta beliau melukis lakaran pada beg muntah kapal terbang dan beg itu diserahkan kepadanya pada tahun berikutnya, bersama empat lagi sepanjang hayatnya.

Semua royalti yang diterimanya disumbangkan kepada badan amal.

Halimi mengakhiri kenyataannya dengan berkata: “Sungguh luar biasa untuk menyaksikan bagaimana sebuah beg yang pada asalnya direka untuk kegunaan praktikal, kini menjadi beg tangan paling diidamkan dalam sejarah - dan kemungkinan besar akan kekal sedemikian untuk tahun-tahun mendatang.”

Topic Berkaitan
#Rekod Dunia
#Bag Tangan
#Birkin
#RM42 Juta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement