Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Begitu Cepat Masa Berlalu...”- Fiza Halim Sambut Birthday Pertama Anaknya Aleena

Syafiqah Jalal 26/09/2019 | 06:17 MYT
Pelakon Fiza Halim menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya Aleena yang pertama semalam.
Fiza bersyukur kerana Aleena membesear dengan sihat dan berharap agar anaknya itu dewasa menjadi seorang anak yang baik dan berguna.
“Syukur Alhamdulilah... 24 Sept 2019 genaplah Baby Aleena setahun.Begitu cepat masa berlalu.
“Mommy doakan agar Aleena menjadi seorang anak yang solehah,hormat orang tua,berjaya dalam apa jua perkara di dunia & diakhirat,sentiasa sihat & dilindungi Allah swt..Sentiasa merendah diri & jaga tutur kata..
“Apa yang mommy dan daddy buat hari ni hanyalah sebagai kenangan kamu bila dah besar nanti wahai anak ku...
“Sebenarnya mommy tak berapa gemar buat-buat birthday ni.. Tapi sekadar memori boleh la... Mommy sayang Aleena lebih dari nyawa mommy.
“Begitu juga dgn Kak Ferra & Kak Feeya.. Mommy sayang semua anak-anak mommy,tiada beza tiada lebih tiada kurang...semua sama sayang mommy pada korang.Once again Happy 1st Birthday to u my princess Baby Aleena... Mommy love u so much...,” tulisnya.
Fiza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Fiza memuat naik video sambutan hari jadi tersebut.
Ia dilakukan secara kecil-kecilan di kediamannya bersama sebuah kek.
Rata-rata memuji wajah Aleena yang comel dan putih gebu.
Aleena merupakan anak ketiga Fiza dan anak pertamanya bersama suami Aizat El Jefri yang dikahwininya pada Januari 2016.
Fiza turut kempunyai dua orang anak , Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra dengan bekas suaminya, Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Bekas ahli kumpulan Elite itu juga pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Adam AF.

Syukur alhamdulillah... 24 Sept 2019 genaplah Baby Aleena setahun.Begitu cepat masa berlalu.Mommy doakan agar Aleena menjadi seorg anak yg solehah,hormat org tua,berjaya dlm apa jua perkara didunia & diakhirat,sentiasa sihat & dilindungi Allah swt..Sentiasa merendah diri & jaga tutur kata..Apa yg mommy dan daddy buat hari ni hanyalah sebagai kenangan kamu bila dah besar nnt wahai anak ku... Sbnrnya mommy tak berapa gemar buat2 bday ni.. Tp sekadar memori boleh la... Mommy sayang Aleena lebih dr nyawa mommy.Begitu juga dgn Kak Ferra & Kak Feeya.. Mommy syg semua anak2 mommy,tiada beza tiada lebih tiada kurang...semua sama syg mommy pada korang.Once again Happy 1st Birthday to u my princess Baby Aleena... Mommy love u so much... ???❤️????????? #happybirthday #1stbirthday

A post shared by ???? ????? (@fizahalimofficial) on

#Anak #Birthday #Fiza Halim
;