Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Being Together For 13 Years” – Anzalna Terharu Suami Pakaikan Kasut Sebelum Hantar Ke Rumah Bapa

Mya Amri 27/02/2019 | 06:29 MYT
Pelakon, Anzalna Nasir terharu dengan tindakan suaminya, Hanif Zaki yang sanggup memakaikan kasut tanpa sebarang rungutan.
Perkongsian itu dibuat Anzalna menerusi akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
“Good morning kawan-kawan! Sebelum hantar ke rumah pengasuh papa tolong pakaikan kasut. Hahahahahahahhahha
“Being together for 13 years. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah. Amin... I love you @hanif_zaki, rajin betul @kiffy_razak ambil video kami anak beranak hahahahahahahah,” tulisnya.

Good morning kawan-kawan! sebelum hantar ke rumah pengasuh papa tolong pakaikan kasut. Hahahahahahahhahha Being together for 13 years. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah. Amin.. I love you @hanif_zaki ❤️ Rajin betul @kiffy_razak ambil video kami anak beranak hahahahahahahah

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Anzalna melabelkan suaminya seorang lelaki yang romantik selain mendoakan kebahagiannya mereka berdua.
Sebelum ini, Anzalna pernah mendedahkan semenjak hamil, Hanif menghantarnya ke rumah bapanya seperti anak yang dihantar ke rumah pengasuh.

Sejak pregnant ni @hanif_zaki akan hantar pergi rumah my parents every morning macam hantar anak pergi rumah pengasuh. Pagi ni pengasuh dah tanya kat mana sebab semalam lupa nak bagitau i busy! Nasib baik dia tak report polis ? hahahahhahahahhaha

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Terdahulu, Anzalna dan Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
Dalam perkembangan terbaru, Anzalna kini sedang hamil lima bulan.
Foto: Instagram @anzalnanasir88
#Anzalna Nasir #Hanif Zaki
;