Dakwaan tular yang mengatakan Jabatan Imigresen Malaysia memberi layanan buruk yang kepada PATI (pendatang asing tanpa izin) di depot tahanan yang tular disanggah oleh seorang warganet.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @_aimanhakimii berkongsi kemudahan-kemudahan dan layanan baik yang diterima oleh warga asing ini.

“Selain buat ujian swab, makanan harian dengan kos RM12.50, bekalan air bersih dan terawat, bekalan susu bayi diberi, keperluan asas wanita pun diberi.“Wanita dengan anak kecil ditempatkan di blok berasingan. Masih zalimkah? Masih teruk pengurusan?” tulis pengguna itu menerusi bebenang kicauan.

Malah menurutnya lagi, untuk mengurangkan kos, kerajaan perlu menghantar golongan PATI ini pulang dan proses penghantaran itu sedang berlangsung.

Malah, seorang lagi pekerja di depot tahanan turut berkongsi pengalamannya semalam menjalankan tugas.

“Yes. Aku salah seorang pekerja di depot tahanan. Aku rasa kami dah bagi yang terbaik untuk PATI. PATI masuk hospital pun kami iringkawal/jaga 24 jam tanpa henti sampai discaj. Layanan seperti VIP. Apa lagi tak cukup? Masih zalimkah?” tulisnya.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai wargamaya yang bersetuju dengan layanan baik yang diterima oleh PATI dan menyalahkan pembuat fitnah tidak bertanggungjawab.

“Begitulah netizen, hanya gah di sebalik keyboard, tapi perbuatan hanya harap kerajaan yang selesaikan,” luah seorang wargamaya.

“Even negara kita tak kaya tapi selalu juga bersedekah. Sebab tu negara kita tak miskin,” komen seorang wargamaya.

“Lepas tu NGO-NGO ni laungkan "iMegrAn PuN ManUSia" LOL, bukan kita terus humban kat laut pun,” kata seorang wargamaya.

“Itulah yang hak asasi manusia NGO kononnya tuduh kerajaan Malaysia bab rohingnya. Tak payah sembang saudara sesama Islam ke apa. Kau datang kau merosakkan imej Islam itu contoh Islam ke? Tuduh Malaysia zalim sedangkan yang sedia ada ni berapa banyak diorang claim? Berapa banyak hal dibuat?” tegur seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, seorang wargamaya dengan akaun Facebook Heidy Quah mendakwa Jabatan Imigresen memberikan layanan tidak baik dan bertindak zalim ke atas PATI dengan menggunakan foto pada tahun 2008.