gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun
HIBURAN
Netizen Bengang Dengan Kenyataan Luqman Faiz - “Tak Ada Orang Nak Ajar Dia…”
BERITA
Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Di Lembah Klang Ditutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Bekalan Air Dah Mula Terganggu, 'Selangor' Trending Di Twitter Pagi Ini!

gempak
Asraf Aided
13/10/2021
03:40 MYT
Sponsor Banner
Bekalan Air Dah Mula Terganggu, 'Selangor' Trending Di Twitter Pagi Ini!
Seperti diketahui umum, sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini.
Susulan itu, perkataan 'Selangor' yang trending di Twitter pagi ini menyaksikan pelbagai reaksi netizen membincangkan isu tersebut.
"Gangguan air di selangor bermula," tulis seorang pengguna Twitter.
"Selangor ni selalu ada gangguan air, apa masalah sebenarnya? fixing this, fixing that, tapi masalah tak pernah selesai," tulis netizen yang lainnya.
"Anda tahu betapa bernilainya air jika anda tinggal di Selangor," tulis seorang lagi wargamaya.
Selain itu, ada juga netizen yang memuat naik foto bekas tadahan air dan beberapa jenaka berkaitan isu berkenaan.
Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, antara daerah yang terlibat adalah Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Kata pihaknya, gangguan air bermula jam 9 pagi disebabkan kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 selama 14 jam.
Proses tersebut dijangka siap sepenuhnya pada 11 malam ini.
Foto: AWANI
Topic Berkaitan
#Trending
#Selangor
#Bekalan Air
#Air Selangor
Must-Watch Video