Laman Utama
Bekalan Elektrik Rumah Lan Solo Terputus, Banjir Melepasi Paras Lutut: “Doakan Kami Ya…”
Banjir yang melanda kebanyakan kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur kerana hujan tanpa henti sejak lebih 24 lalu turut memberi kesan kepada penyanyi Lan Solo.
Kediaman Lan Solo yang dihuni bersama isteri, Nur Sheila Hassim dan anak anak di Kampung Sri Aman, Puchong turut dinaiki air.
Lan Solo, 36, dilihat berkongsi rakaman saat rumahnya mula dinaiki air sejak semalam sehingga kemas kini terkini menunjukkan paras air semakin tinggi pada sekitar pukul 8 pagi tadi.
Selain memaklumkan bekalan elektrik di kediamannya telah terputus sejak malam tadi, menerusi video yang dimuat naik, penyanyi tersebut mengatakan air sudah melepasi paras lutut.
“Allahuakhbar, air sudah melepasi paras lutut. Doakan baik baik untuk semua yang terkesan dengan banjir ini, terima kasih,” ujar Lan yang dilihat mengharungi air untuk masuk ke sebuah rumah.
Menerusi kemas kini sama, Lan turut memaklumkan anak anaknya kini berada dalam keadaan selamat selepas dipindahkan buat sementara waktu ke pejabat Solo Borneo Mart di Bukit Puchong.
“Alhamdulillah, anak anak kami sudah pindah keluar malam tadi,” tulis Lan Solo.
{^media|(width)300|(height)200|(ext).mp4|(url)https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/img_2569.mp4^}
Difahamkan kawasan kediaman mereka sudah mula dinaiki air sejak petang semalam dengan ramai penduduk di
kawasan Kampung Sri Aman berkenaan sudah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) banjir yang disediakan.
Untuk rekod, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui kenyataan menyatakan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal berlaku hari ini di beberapa kawasan di ibu negara, Perak, Pahang dan Selangor.
Instagram: @lansolo_official
Must-Watch Video