GEGAR VAGANZA 6
"Bekalan Nanas Tak Pernah Putus!" - Patutlah Power! Jatt Ali Amal Makan Nanas Setiap Hari Untuk ...
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Jatt Ali mendedahkan amalan diet uniknya menerusi pengambilan buah nanas setiap hari sejak lima tahun lalu.
Jelas Jatt, 63, nanas mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding oren dan membantunya mengawal berat badan.
"Usia 63 tahun ini pastinya sedikit terbatas untuk aktiviti fizikal. Jadi, saya hanya mampu melakukan 'brisk walk' sahaja apabila ada kelapangan.
"Selebihnya adalah penjagaan makan yang seimbang setiap hari.
"Amalan saya setiap hari wajib makan salad! Namun saya dahulukan sarapan dengan memakan buah nanas yang terbukti banyak manfaat terutama untuk mengurangkan kolesterol dalam badan.
"Orang kata buah nanas tajam jadi kita akan takut tetapi sebenarnya ia banyak manfaat dan tak ada apa-apa pun sepanjang saya makan sejak lima tahun lepas," kongsinya kepada Gempak.
Sama ada mengambilnya secara langsung atau memproses sebagai jus, kata Jatt dia turut mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.
"Kalau tidak nanas, biasanya kalau lapar saya akan makan telur rebus atau makan bersama ayam atau udang 'grilled'.
"Sepanjang GV, setiap kali nak bertolak dari Johor ke Kuala Lumpur, isteri akan bekalkan saya dengan salad dan buah nanas. Itu wajib!
"Jadi, kalau saya lapar malam-malam saya hanya makan nanas sahaja. Memang di rumah pun bekalan nanas tak pernah putus," ujarnya.
Selain nanas, Jatt adakalanya menggantikan dietnya dengan buah beri biru atau kiwi.
Pastinya ramai yang menantikan persembahan Jatt pada konsert akhir GV2019 Ahad ini. Jatt bakal beraksi dalam pusingan battle dan nyanyian lagu solo, Without You.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut ditaja bersama oleh Adabi, Cuckoo, Powercat, Uphamol dan Digi selaku telco rasmi.