Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bekalan Susu Badan Neelofa Terjejas Kerana Tekanan Isu Semasa

Mya Amri
23/11/2023 07:58 MYT
Pelakon, Noor Neelofa akui tekanan mengikuti perkembangan isu situasi rakyat Palestin yang cedera dan juga kekejaman Israel memberikan kesan terhadap dirinya.

Menurut Neelofa sebagai seorang ibu, emosinya sedikit terganggu dan perkara itu telah menjejaskan bekalan susu badannnya.

“Saya merupakan antara salah seorang yang membuat posting tentang Palestin dengan sangat banyak, tentang kanak-kanak terutamanya.

“Sebab saya tahu mereka yang mengikuti saya di Instagram datangnya dari negara-negara yang berbeza.

“Walaupun sedikit tapi mungkin nombor itu memberikan kesan dan impak. Selepas sebulan melakukan posting, saya mengambil keputusan untuk menukar cara dan memilih kandungan yang berbeza.

“Kalau dulu muat naik video kanak-kanak dan wanita, kali ini saya memilih untuk berkongsi lebih kepada kandungan pendidikan untuk memberikan kesedaran mengenai kekejaman Zionis.

“Sebab tekanan isu semasa yang berlaku itu memberikan kesan kepada bekalan susu saya. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak berusia empat bulan, saya mengalami penurunan jumlah besar dalam bekalan setiap hari,” jelasnya ketika ditemui Gempak.

Tambah Neelofa lagi, disebabkan perkara itulah membuatkan dirinya mengambil inisiatif untuk menukar posting dengan cara memilih kandungan berbeza.

“Jadi saya berfikir saya masih perlu menyusukan anak, saya juga kena fikirkan keadaan saya sebagai seorang ibu, tapi saya masih lagi membuat posting mengenai hal itu tetapi dengan kandungan berbeza.

“Sedikit sebanyak apa yang berlaku itu menggangu emosi saya. Bila emosi terganggu, akan memberikan kesan pada bekalan ibu yang menyusukan anak,” ujarnya.

BERITA TRENDING: “Saya Sedia Berdamai” - Neelofa Mahu Tamatkan Konflik 13 Tahun Dengan Fazura

Dalam pada itu, Neelofa juga turut memberikan pesanan kepada wanita yang bergelar ibu di luar sana untuk tidak mengabaikan dan menitikberatkan tentang kesihatan masing-masing.

“Jadi untuk ibu ibu di luar sana saya faham, dalam masa kita nak menyokong dan sebarkan kesedaran ini, saya rasa kita pun kena fikirkan juga tentang anak-anak yang kita nak menyusu.

“Bukan saya cakap jangan post, tidak. Tetapi pilihlah kandungan berbeza yang tidak memberikan kesan emosi,” katanya.

BERITA TRENDING: “Teruk Sangat Ke Content I Buat?” - Lantang Bersuara Isu Palestin, Uyaina Disekat Di Aplikasi TikTok

BERITA TRENDING: "Tak Perlu Takut, Rezeki Allah Bagi” - Scha Alyahya Manfaatkan Media Sosial, Kongsi Tentang Palestin

Terdahulu, selain Neelofa antara selebriti lain yang aktif memberikan sokongan kepada Palestin adalah Uyaina Arsyad, Amyra Rosli dan Scha Alyahya.

#Neelofa #Israel #Palestin #Susu #Gaza #Tekanan #emosi #Susu Badan #Isu Semasa #Noor Neelofa #Bekalan Susu Badan
;