Tular di media sosial sepotong rakaman video seorang jejaka mempromosikan ubat kuat lelaki hingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi rakaman video berkenaan, jejaka yang difahamkan sebelum ini pernah menyertai kumpulan lelaki K-Pop Malaysia berada di Pulau Pinang untuk bertemu dengan seorang individu yang dipanggil 'awek'.

"Saya hari ini kat Penang, dari KL ke Penang saya nak jumpa seorang awek. Tapi sebelum saya nak jumpa awek tu saya nak tunjuk ini barang baik.

"Sebelum jumpa awek makan sebiji dulu barulah padu, keras macam jantan, barulah bertenaga," katanya dalam video berkenaan,

Video yang dikongsikan semula oleh netizen itu mengundang rasa kurang selesa apabila difahamkan cuba mempromosi perbuatan zina.

"Promoting zina is so normal now. Anything is halal janji barang dijual laku. Apa ni?

"Some people tak segan silu malukan agama sendiri. Jumpa gf telan tu for what? keras for what? he is MA kan? apa ni," tulis seorang pengguna di Twitter.



Tindakan bekas penyanyi itu didakwa netizen salah dan telah melanggar beberapa undang-undang negara termasuklah menggalakkan maksiat dan menghina agama Islam.

"Berdasarkan dakwaan awak:

"S35 Akta 559: Menggalakkan maksiat

"S7 Akta 559: Menghina, atau menyebabkan dipandang hina, dll. agama Islam

"S4(2a) PUA 395: Tatakelakuan

"Kalau rasa sesuai, report lah.. Kalau saya salah betulkan," tambah seorang pengguna lain.



Malah, ada yang menyatakan tindakan lelaki terbabit yang dipercayai merentas negeri dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang turut salah.

Menerusi info yang dibongkarkan netizen, lelaki berkenaan sebelum ini pernah menyertai kumpulan K-Pop lelaki pertama Malaysia sekitar tahun 2012 namun berpecah selang beberapa tahun kemudian.

Sumber: Twitter