Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bekas Ahli Kumpulan UNIC, Najdi Diminta Buat Comeback

Syafiqah Jalal
19/08/2020 10:25 MYT
Peminat bekas ahli kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi Wan Mohd Noh meminta agar jejaka itu kembali menyanyi dan membuat ‘comeback’.

Peminat tersebut menyatakan hasratnya itu di dalam komen yang ditinggalkan ke akaun Instagram (IG) miliknya dengan alasan rindu hendak mendengar Najdi menyanyi.

“Rindu nak dengar ustaz menyanyi! Buat lah comeback, ramai support ni,” tulisnya.

Komen itu dimuat naik dalam paparan skrin menerusi IG Najdi.

Najdi bagaimana pun seperti tidak percaya dengan kenyataan peminat tersebut yang memberitahu ramai yang menyokongnya.

“Betul ke ramai?,”responnya.

Menerusi entri tersebut ramai yang memberi komen yang positif dan mahu mendengarnya menyanyi kembali.

Najdi membuat keputusan membawa haluannya sendiri dan keluar dari kumpulan UNIC yang kini dianggotai oleh Bazli dan Fakhrul pada 10 Jun lalu.

Betul ke ramai? ?

A post shared by Wan Najdi (@wannajdi) on

#comeback #UNIC #Najdi