Bekas Ahli Westlife, Brian MacFadden Jadi Tetamu Undangan Konsert Boyzone Di Malaysia
Azwa Rahman
29/05/2019 07:50 MYT
29/05/2019 07:50 MYT
Bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu, Brian McFadden bakal membuat penampilan khas sebagai tetamu istimewa untuk konsert terakhir Boyzone di Malaysia.
Konsert Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” akan diadakan pada 14 Jun ini bertempat di Stadoum Malawati, Shah Alam.
MacFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife pada tahun 1998 dan menghasilkan album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999.
Dia kemudiannya meninggalkan kumpulan Westlife tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dengan mengeluarkan single Real to Me, sebuah lagu dalam album solo debutnya bertajuk Irish Son.
Pada 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli kumpulan Boyzone telah membentuk kumpulan “Boyzlife” dan mengadakan siri jelajah dunia, mempersembahkan lagu-lagu hits mereka.
Menerusi konsert ini nanti, ahli Boyzone; Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan mempersembahkan beberapa lagu hit mereka seperti When You Say Nothing At All, No Matter What dan Love Me For A Reason.
Thank You & Goodnight merupakan album studio ketujuh kumpulan ini yang telah dikeluarkan pada 16 November 2018.
Dianjurkan oleh WowStar Creative Entertainment, JStarLux dan ACO Media, konsert ini merupakan persembahan terakhir kumpulan yang berasal dariIreland ini.