VIRAL

“Bekas Caesarean Bukan Kekurangan, Itu Luka Lahirkan Zuriat” – Dr Say Anggap Lelaki Hina Parut Isteri Cetek Ilmu

Umirah Halim 01/07/2025 | 21:55 MYT
Pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menegur keras tindakan lelaki yang menghina parut pembedahan caesarean (C-section) dan stretch marks pada tubuh isteri mereka selepas melahirkan anak.

Jelasnya, parut tersebut bukan cacat cela, sebaliknya menjadi simbol kekuatan seorang wanita demi melahirkan zuriat ke dunia.
undefined “Bila lelaki tiada ilmu tentang stretch marks dan bekas caesar, mereka akan anggap itu semua menjijikkan.

“Stretch marks ini bukan terjadi pada wanita mengandung saja. Lelaki kalau perut besar mendadak dalam masa singkat, penangan makan minum yang melampau, akan naik stretch marks juga.

“Untuk parut caesar, ini bukan parut biasa. Inilah luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk anak mahupun ibu.

“Stretch marks bukan kecacatan, bekas caesar bukan kekurangan. Itu lambang kekuatan,” jelasnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Ulasan Dr Say hadir susulan isu tular seorang wanita yang mendakwa dihina bekas suaminya hanya kerana memiliki parut di bahagian perut selepas bersalin secara pembedahan.

Tangkap layar perbualan antara mereka dikongsi pengguna di aplikasi Threads dan mencetuskan kemarahan ramai apabila lelaki terbabit dikatakan turut berlaku curang ketika perkahwinan mereka masih sah.

Rata-rata warganet menyokong kenyataan Dr Say dan berharap lebih ramai lelaki memahami proses kehamilan serta bersalin sebelum menghakimi bentuk fizikal isteri mereka.

#Luka #Say #Dr #caesar #marks #'stretch