Bekas Gitaris & Pengurus Gigi, Aria Baron Meninggal Dunia Kerana COVID 19
Maliah Surip
29/06/2021 07:40 MYT
29/06/2021 07:40 MYT
Pandemik COVID 19 di Indonesia saban hari meragut banyak nyawa rakyat di republik tersebut.
Salah seorang pelaku seni dan orang belakang tabir dunia hiburan Indonesia yang terkini dilaporkan meninggal dunia kerana COVID 19 adalah bekas pemain gitar yang juga merupakan pengurus grup terkenal Gigi, Aria Baron.
Khabar duka itu disampaikan oleh salah seorang ahli keluarganya, Mawarsari Ariono Suprayogi di akaun Facebooknya, sebentar tadi.
"Inna lillahi wa inna illaihi rojiun. Selamat jalan adikku sayang. Aria Baron Suprayogi," tulis Mawarsari Ariono Suprayogi.
Selain itu vokalis Gigi, Armand Maulana juga menyampaikan khabar duka itu menerusi akaun Instagramnya.
Sambil mengucapkan takziah, Armand menulis Baron menghembuskan nafas terakhir setelah gagal melawan COVID 19 pada sekitar pukul 10.15 waktu tempatan.
"Semoga Allah menempatkan beliau di sisiNya," tulis Armand lagi.
Gigi yang terkenal dengan lagu Nakal dianggotai oleh Armand selaku vokalis, Thomas Ramdan, Dewa Budjana dan Gusti Hendy. Almarhum Baron sempat menjadi pemain gitar Gigi sekitar tahun 1994 sehingga 1995 sebelum menguruskan grup tersebut sehingga sekarang.
Sementara itu, Gempakid melaporkan Baron meninggal dunia di RSPAD Jakarta, usai mendapatkan perawatan intensif kerana positif COVID 19. Sebelum ini Baron sempat menerima rawatan intensif di Wisma Atlet, Jakarta Utara.
Armand juga menyampaikan, keadaan Baron yang terjangkiti COVID 19 sekitar pertengahan Jun lalu sempat tidak stabil. Baron memerlukan darah untuk mengembalikan lagi kesihatan tubuhnya, dan berharap boleh kembali sembuh.
Setelah mendapatkan darah, Armand menegaskan Baron sempat pulih dan sadarkan diri. Tetapi, kondisinya tidak membaik sebelum dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Selain Baron beberapa selebriti Indonesia lainnya termasuk pelawak dilaporkan meninggal dunia kerana COVID 19.
Sederet artis terkenal seperti Rossa, Ahmad Dhani dan bekas isterinya, Maia Estianty juga sempat disahkan positif COVID 19.
Sehingga kini Indonesia mencatatkan sebanyak 2.12 juta kes dengan 57,138 kematian dan 1.85 juta sembuh.
Kredit Foto: Prambos FM