Skip to main content

Budaya Popular

Bekas Hero Remaja 2021 Aryan Naim Tamatkan Zaman Bujang, Pasang Niat Mahu Empat Cahaya Mata

whatsapp-image-2024-12-16-at-7-50-24-pm.jpeg

Perkahwinan dalam usia muda bukan halangan bagi peserta Hero Remaja 2021, Aryan Naim yang baru sah bergelar suami kepada Nisa Nur Syafiqah di sebuah majlis di Negeri Sembilan pada pagi Ahad.

Aryan, 27, memberitahu keutamaannya adalah kematangan diri dan fikiran menghadapi pancaroba kehidupan selepas membina mahligai.
 

 
"Saya tidak mahu bercakap lebih kerana terlalu awal, tetapi saya mohon doa semua untuk doakan kesempurnaan mahligai yang saya bina ini kekal hendaknya," katanya kepada Gempak.
 
Aryan akui bukan mudah untuk menempuh pancaroba berumah tangga dia bagaimanapun mengharapkan yang terbaik buat dia dan isteri.
 
Dalam pada itu, Aryan berkongsi dirinya menyimpan impian untuk mempunyai empat cahaya mata.
 

"Kalau boleh saya dan isteri impikan mahu empat orang anak. Paling sedikit dua orang anak jika ada rezeki. Doa-doakanlah," selorohnya.

 
Pasangan pengantin yang segak dan cantik mengenakan persalinan berwarna 'light champagne' itu bagaimanapun masih belum memikirkan lokasi untuk berbulan madu.
 
"Saya dan isteri hanya mahukan yang baik-baik sahaja. Jika ada rezeki nanti baru kami fikirkan mahu ke mana," ringkasnya.

Must-Watch Video

Advertisement