Sejak beberapa hari lalu akaun media sosial bekas isteri kepada penceramah bebas Da’i Farhan menjadi perhatian selepas memuat naik foto tidak bertudung.

Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi memuat naik foto percutiannya di Tawau, Sabah dan mula menerima pelbagai komen daripada warganet.

Di ruangan komen rata-rata pengikut bertanya kepada Dr. Erin tentang penampilan terbarunya itu.

Tidak melatah dengan pandangan mahupun kecaman daripada warganet, Dr. Erin dilihat tenang menjawab semua persoalan mereka.

“Saya pun tak nak dudul dalam situasi ini…Bila pakai lepas tu buka pakai buka adoi la tak boleh ke aku tak diuji macam ni…

“Penat la nak teringin sangat istiqomah dalam bab aurat ni, rasa taka da pula bergaul dengan orang-orang buka aurat, kot kata pengaruh rakan sebaya.

“Tapi time ujian mai (datang) tu aduhhhh apa ni??? Tak boleh brain la penat sangat dah kalau fikir bab ni.

“Semua ujian saya dapat harungi dengan cemerlang tapi bab aurat ni awat (kenapa) la asyik failed je.

“Tapi tak apa, saya takkan berhenti mencari redha Allah. Kita doa sama-sama ya sis…Untung la orang yang tak diuji dengan ujian macam ni,” katanya.

Dalam pada itu, ada juga pengikut yang memberi sokongan moral kepada Dr. Erin agar terus positif dan sentiasa belajar istiqomah serta melakukan perkara yang boleh menggembirakan hatinya.