Laman Utama
Bekas Isteri Dakwa Kaki Pukul, Afiq Muiz Buat Laporan Polis -"Tunggu Tindakan Seterusnya"
Pelakon Afiq Muiz tampil membuat laporan di Balai Polis Dengkil selepas bekas isterinya, Pachara Apin didakwa memfitnahnya sebagai seorang lelaki atau suami kaki pukul.
Menurut Afiq, 30, buat masa ini dia menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul yang dilemparkan wanita itu.
"Laporan polis sudah dibuat, tunggu tindakan seterusnya daripada peguam kami atas fitnah yang telah dilemparkan,” katanya ringkas dalam Instagram.
Menerusi kemas kini berkenaan, aktor itu turut memuat naik gambarnya di depan balai polis sambil memegang dokumen berupa laporan yang dibuat.
Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki serta jarinya patah.
Kenyataan tersebut meraih komen balas adik Afiq, pelakon Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara yang didakwa membuat kenyataan palsu dalam media sosial.
Terdahulu, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.
Begitupun, masing-masing hingga sekarang belum mendedahkan tarikh perceraian mereka.
Must-Watch Video