Perkongsian di Instagram Story milik bekas isteri kepada pelawak dan pelakon Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menarik perhatian apabila dia seakan-akan memberi bayangan bakal bernikah.

Menerusi perkongsian tersebut, Rossa Sera dilihat sedang merakam dirinya sendiri sambil menaip sesuatu pada komputer riba ketika berada di sebuah kedai.

“Ada ni tengah buat proposal kahwin,” tulis Sera secara di ringkas di perkongsian itu yang meninggalkan tanda tanya.

Rossa Sera turut menggunakan lagu berjudul Kiw Kiw Cukurukuk sebagai muzik latar.

Malah, pemilik nama lengkap Rosselenah Natassyiah Asshaferah kelihatan ceria dalam video tersebut.

Sekadar info, Rossa Sera dan Shuk pernah mendirikan rumah tangga pada 2015, namun disahkan bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Asyifatu Aimi, 4.

BACA SINI: [VIDEO] Sebak! Anak Bongsu Shuk Sahar Menangis Tidak Mahu Berpisah - “Adik Nak Tidur Dengan Ayah…...