Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Bekas Isteri Tegar Jawab Dakwaan Hamil Anak Luar Nikah! - "Kalau Dah Memang Tak Mengaku ..."

Syafiqah Jalal
03/01/2023 15:53 MYT
Susulan pendedahan penyanyi Indonesia, Tegar Septian yang mendakwa selama ini anaknya, Abidzar Oktaviano Putra Septian bukan dari benih sendiri, bekas isteri Sarah Sheilka tampil membalas kenyataan itu.

Jelas Sarah tuduhan itu adalah sangat tidak berasas selain menyifatkan Tegar sengaja mereka cerita supaya terlepas dari memberi nafkah kepada anaknya.

"Cari sensasi, cari perhatian. Hidup mu mahu dibelas kasihan orang. Hidup mu sengsara dan susah selamanya.

"Saya baru saja kenal Fathan (kekasih) bulan Ogos 2022. Otaknya fungsi tak ni?

"Kalau dah memang tak mahu mengaku (mengaku anak sendiri) dah tak usah, ringkas kan?

"Saya pun tak rugi dan boleh saja uruskan sendiri. Lagipun kamu hanya beri cuma 500 rupiah (RM0.14). Itu pun bila diminta.

"Lagipun kerja kamu hanya main game di rumah saja," dakwanya.

Sarah membalas pengakuan bekas suaminya di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

BACA: [VIDEO] Tegar Baru Tahu Anak Bukan Dari Benih Sendiri, Rasa Dikhianati


Terdahulu tular video Live dibuat Tegar yang mengaku Abidzar bukan anaknya dan Sarah telah hamil sebelum bernikah dengannya.

Menjawab tuduhan bahawa kekasihnya terkini adalah bapa kepada anaknya, Sarah dakwa Tegar hanya cemburu apabila dirinya sudah bertemu serta bahagia dengan pasangan baru.

"Saya punya hak untuk buka hati lagi dan dekat dengan lelaki lain.

"Adakah kamu cemburu? Sampai datang ke tempat saya dan mahu kan saya kembali selepas saya suruh pulang?

"Setiap kali Tegar nampak saya dengan lelaki lain mesti dia akan hina saya. Padahal dia juga ada teman wanita lain dan saya pula tidak pernah pedulikannya," jelasnya lagi.

Tegar dan isteri telah bercerai enam bulan lalu dan hasil tiga tahun perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Abidzar Oktaviano Putra Septian.

#Hamil #Isteri #Anak Luar Nikah #Tegar #Dakwaan #Jawab
;