Hiburan
Bekas Kekasih Beri Sokongan Terhadap Laudya Cynthia Bella
Baru-baru ini, pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah mengesahkan penceraiannya dengan Engku Emran.
Perkara itu menamatkan pelbagai spekulasi yang dibuat mengenai pergolakan rumah tangga mereka, dan pada masa yang sama, mengejutkan pelbagai pihak.
Memetik laporan Liputan6, berita mengenai perpisahan Laudya itu telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, pengacara Raffi Ahmad.
Walaubagaimanapun, Raffi hanya mampu mendoakan yang terbaik dan berharap agar Laudya telah membuat keputusan yang betul dalam kehidupannya.
"Selepas membaca artikel mengenai penceraian Laudya, saya hanya mampu berdoa agar keputusan itu adalah yang terbaik untuk dirinya.
"Saya juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi Laudya dan semoga dia memperoleh ketabahan untuk menjalani kehidupan selepas ini, kalau dia perlukan apa-apa, dia boleh hubungi saya," ujar Raffi.
Menerusi laporan Gempak pada 1 Julai lalu, Laudya telah mengesahkan rumah tangganya bersama Emran telah menemui titik noktah.
Menurut Laudya, mereka berdua berpisah secara baik dan perkahwinan tersebut banyak memberi hikmah kepada dirinya.
Terdahulu, Laudya dan Emran mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka tidak mempunyai cahaya mata bersama.
Sumber : Liputan6
Must-Watch Video