gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
ADVERTORIAL
Montigo Memperkenal Koleksi Terbaharu - Wildflower Field Collection, Simbol Keunikan, Gaya & Semangat Mekar Di Mana Jua
VIRAL
Kes Zara Qairina: 60 Saksi Dirakam Keterangan Termasuk 'Kak Wana', 'Kak Dedeng' Dan 'Tomboi'
HIBURAN
Agy Bongkar Luka Lama, Tangan Kebas Lalui Sesi 'Melepaskan Botol' - "Selama Ini Saya Banyak Simpan Sendiri"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Bekas Kekasih Dakwa Lily Allen Busuk: “Itu Satu Bentuk Penderaan…”

Maliah Surip
Maliah Surip
30/07/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Bekas Kekasih Dakwa Lily Allen Busuk: “Itu Satu Bentuk Penderaan…”
Penyanyi Lily Allen mendedahkan bekas kekasihnya pernah melakukan penderaan mental dan bersifat buli apabila mengatakan dirinya busuk serta tidak menjaga kebersihan badan.
Pengakuan tersebut dibuat swaktu dia muncul dalam podcast Miss Me?bersama sahabatnya, Miquita Oliver.
“Saya pernah berada dalam hubungan toksik. Saya rasa dibuli dan melalui penderaan emosi apabila mendakwa badan saya berbau busuk.
“Saya rasa itu tidak benar. Dia lakukan itu untuk membuat saya rasa rendah diri dan menjadikan dirinya lebih berkuasa.
“Taktik itu sangat jijik,” katanya seperti dilaporkan NME.
Allen bagaimanapun tidak mendedahkan identiti bekas kekasih yang melabelkan dirinya busuk.
Awal tahun ini Allen dilaporkan bercerai dengan suaminya, aktor Stranger Things, David Harbour selepas empat tahun berkahwin.
Menerusi salah satu temubual, penyanyi No Shame itu mengaku menjalani terapi untuk memulihkan emosinya selepas perceraian.
Selain Harbour, Allen juga pernah berkahwin dengan Sam Cooper dan memiliki sejarah percintaan dengan bersama beberapa lelaki.
Dia antaranya pernah menjalin hubungan bersama DJ Ed Simons, Meridian Dan, Jay Jopling malah didakwa ada jalinan asmara dengan bintang Harry Potter, Rupert Grint dan bekas anggota One Direction, Zayn Malik.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Kekasih
#Lily Allen
#Busuk
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement