Hiburan

Bekas Kekasih Pernah Kena Sondol, Marah Riena Diana Tukar Jadi Reda - "Rupanya Saya Jaga Jodoh Orang"

gempak
Mya Amri
14/03/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Bekas Kekasih Pernah Kena Sondol, Marah Riena Diana Tukar Jadi Reda - "Rupanya Saya Jaga Jodoh Orang"
Pelakon, Riena Diana mendedahkan pernah berdepan dengan isu penyondol di mana bekas teman lelakinya dirampas oleh orang ketiga.
Menurut Riena, pada mulanya dia berasa sangat marah namun memilih untuk reda selepas melihat bekas teman lelakinya itu bahagia bersama wanita tersebut.
“Bukan dengan bekas teman lelaki sebelum ini tapi ini adalah kisah yang lama. Bercinta selepas sekolah, agak lama juga saya dengan dia.
“Bila terjadinya peristiwa itu, saya memang marah. Tapi akhirnya saya rasa itu jodoh mereka dan ternyata betul saya menjaga jodoh orang.
“Lebih kurang tiga tahun kami bercinta tapi akhirnya dia berkahwin dengan orang lain. Saya cuba reda dan terima kenyataaan.
“Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita maksudnya tidak, walaupun selama mana kita cuba nak bercinta dengan dia.
“Saya tidak berasa kecewa tetapi pada awal kejadian berlaku itu biasalah. Kita melalui proses menangis dan sebagainya selepas putus,” katanya kepada Gempak.
Riena berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ramadan dan Raya sebuah stesen televisyen baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Riena Diana Anggap Isu Orang Ketiga Perkara Biasa - “Belum Kahwin Pun Dah Banyak…”

Menganggap hubungan mereka sebagai tiada jodoh, Riena bagaimanapun berkata pengalaman itu membuatkan dirinya kini menjadi lebih matang.
“Apabila difikirkan kembali, saya dah reda bila tengok dia berkahwin dengan orang tu dan dia bahagia.
“Mungkin bukan dengan kita, mungkin dia berhak mendapat yang lebih baik dan pada masa itu saya pun masih belum matang.
“Sekarang dia menjalani kehidupan bahagia dan saya boleh tengok yang menyondol itu menjaga dia dengan baik, alhamdulillah. Saya gembira untuk dia dan kami pun masih lagi berkawan.
“Tidak dinafikan masa kejadian berlaku tu saya marah teruk, mengamuk. Tapi sekarang bila saya fikir balik selepas beberapa tahun, saya rasa macam kenapa perlu mengamuk?
“Sekali lagi, maksudnya dia bukan jodoh saya, memang kami ada terfikir untuk berkahwin tapi dia bukan jodoh saya," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live