Laman Utama

Bekas Madu Mula Menggatal? Terkejut Lihat Siapa Di Sebalik Lembaga Bertopeng!

Syafiqah Jalal
07/09/2022
09:42 MYT
Gempak Original Series, The Maid 2 yang penuh misteri hari ini bakal ditayangkan episod kedua terakhir.
Dalam episod ke sepuluh hari ini penyiasatan mereka untuk mengetahui siapa pembunuh Mr Jay semakin bercelaru.
Malah usaha untuk menyelamatkan Inspektor Kasri pun buntu apabila mereka sama-sama terperangkap dan terkurung bersama.
Jadi penyiasatan mula terbantut tetapi lain pula jadinya. Ketiga-tiga madu Nadia, Fika dan Suhana mula jatuh cinta dengan Inspektor Kasri. Masing-masing cuba memikat.
Bagaimana pun tiba-tiba lembaga bertopeng dalam episod lalu buka pintu bilik stor itu untuk hantar makanan.
Ketika itulah Suhana, Nadia dan Fika serang lembaga itu dan berjaya cabut topengnya itu. Mereka bertiga terkejut besar melihat wajah sebenarnya lembaga itu!
Siapa disebalik topeng itu? Saksikan The Maid 2 yang ditayangkan malam ini.
The Maid 2 ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Musim kedua drama ini menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik.
Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana lakonan Sherry Alhadad, Nadia (Datin Paduka Eina Azman) dan Fika (Ezzaty Abdullah) selepas mereka diceraikan oleh Jay (Norman Hakim), penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.
Dalam The Maid terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.
Mr Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.
Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.
Selain itu, Video Pengakuan The Maid 2 (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
gimme-the-mic

'TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia' Lebih Meriah, Cungkil Bakat Tempatan Ke Pentas Antarabangsa

gempak
11/07/2024
10:59 MYT
Buat julung kalinya, Astro berkolaborasi dengan satu platform media sosial terkenal di dunia, TikTok dalam menerokai bakat muzik baharu dalam edisi terbaharu ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’.
Drama

Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!

gempak
03/07/2024
15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Hiburan

Pening Tak Tahu Nak Tengok Rancangan Apa, 'Jom Usha' Antara Drama & Program Pilihan Alif Satar

gempak
02/07/2024
08:23 MYT
Selebriti versatil iaitu Alif Satar bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian malah bapa kepada tiga orang anak ini juga hebat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.