Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bekas Pekerja Mahu Bersihkan Nama, Nekad Selesaikan Masalah Dengan Puteri Sarah Di Mahkamah - “Fitnah Yang Dilemparkan Dia Telah…”

Asyikin Mayudin
01/08/2024 09:03 MYT
Mahu mempertahankan diri, bekas pekerja kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira nekad mahu meneruskan kes antara mereka di mahkamah.


Tiada kata sepakat


Tiada kata sepakat, wanita berusia 30 tahun itu memberitahu dia nekad dengan keputusan itu kerana mahu membersihkan nama dan imej yang terjejas disebabkan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Masih lagi dalam perbincangan. Tapi pihak saya ada juga memfailkan saman fitnah terhadap Sarah.

“Saya rasa, kita teruskan di mahkamah. Saya nekad untuk teruskan kes ini di mahkamah kerana ingin membersihkan nama saya dan menuntut hak saya.


“Fitnah yang dilemparkan Sarah telah menjejaskan imej dan maruah saya. Jadi saya ingin berjuang untuk keadilan saya,” kata Nazatul kepada Gempak.

Nazatul ditemui sebaik sahaja selesai mediasi antara dia dan Puteri Sarah yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada petang Khamis.


Masih dalam perbincangan


Dalam pada itu, peguam mewakili Nazatul iaitu Aryssa Arynna berkata pihak mereka tidak dapat mengulas lebih lanjut mengenai kes anak guamnya kerana masih dalam perbincangan.

“Buat masa sekarang pihak kami tidak boleh beritahu apa-apa lagi. Sekarang ini masih dalam perbincangan dan akan ada satu lagi mediasi. Belum ada kata sepakat lagi sehingga kini.


“Masih terlalu awal untuk bercakap. Pihak kami juga ada buat tuntutan balas pada Jun lalu,” ujarnya.

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana yang ditemui sebelum prosiding mediasi memberitahu dia tetap berkeras mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang wanita bernama Nazatul Nazira.

Sudah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah, Sarah berkata dia yakin berada di pihak yang benar selain mahu memperjuangkan haknya.
#Puteri Sarah #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana