Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Bekas Pelajar UPM & Aktivis Palestin, Dr Refaat Alareer Syahid Dalam Serangan Udara Israel

Muhammad Firdaus
08/12/2023 07:55 MYT
Konflik di Palestin seakan-akan tidak bertemu titik noktah kerana tindakan Israel laknatullah yang tidak henti-henti membedil penduduk di Gaza.
 
Terbaharu, seorang profesor, aktivis, penulis dan penyair, Dr Refaat Alareer turut syahid dibom dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel.

BERITA TRENDING: Wartawan Foto Palestin, Motaz Azaiza Dinobat Man of the Year Majalah GQ

 Perkara itu dikongsi menerusi hantaran di Platform X, di mana pemilik akaun itu menzahirkan rasa sayu dengan pemergian arwah.
 
“Pagi yang sedih buat admin dan semua warga maya. Admin masih berasa sedih lagi dengan kesyahidan Dr. Refaat Alareer.
 
“Cuba anda lihat ciapan beliau tentang Malaysia. Sungguh dekat Malaysia dengan hati beliau.”
 
Melihat kepada ciapan itu, netizen Malaysia melafazkan rasa sedih serta memanjatkan doa untuk arwah.
 
“Innalillah. Moga syurga buatmu,”
 
“Dah lah follow dia. Al-fatihah,”
 
“Memang sangat sedih! Ya Allah, memang kejam Israel ni.”
 
Untuk info, Dr. Refaat Alareer merupakan seorang yang lantang bersuara tentang isu di Palestin dan pernah menulis buku berkaitan konflik tersebut yang berjudul Gaza Writes Back: Short Stories from Young Writers in Gaza, Palestine (2014).
 
Arwah juga pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang kedoktoran pada tahun 2014.
 
Kali terakhir arwah berkongsi hantaran di platform X adalah sekitar tiga hari lalu.

Sumber: Platform X
#Viral #Israel #Palestin #Syahid #Dr Refaat Alareer